Edisi Terkini! Objek Terapung Itu Anak Saya - Susulan Kes Bayi 15 Bulan Hilang!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang ibu yang sedang mencari anak bongsunya berusia 15 bulan yang hilang dari rumah di Pantai Mek Mas di sini kelmarin tidak menyangka menemui bayi itu dalam keadaan terapung di kuala sungai belakang rumahnya.
Ketika ditemui pada pukul 2 petang, Nik Muhd. Iqbal Azim Nik Ruslan disahkan sudah tidak bernyawa selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah mangsa.

Ibu mangsa, Lini Abdullah, 27, berkata, sebelum kejadian dia sedang melakukan kerja rumah di dapur manakala Iqbal Azim pula bermain seorang diri di ruang tamu.

Wanita itu mula menyedari anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu hilang pada pukul 1.30 petang selepas bayi itu tiada di ruang tamu sebelum dia keluar mencarinya di sekitar kawasan rumah.

“Sewaktu saya dan sepupu mencari Iqbal Azim, saya tergerak hati untuk pergi ke sungai dan terkejut apabila ternampak satu objek terapung di sungai.

“Sebaik diamati, rupa-rupanya objek terapung itu ialah anak saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment