Edisi Terkini! Padah Langgar Pagar Rumah Mertua!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang pembantu kedai emas yang dalam proses perceraian dengan isterinya dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 apabila dia melanggar pintu pagar rumah mertuanya sehingga tercabut.

Hukuman dijatuhkan Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Afzainiezam Hassan, 28, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 7.30 pagi pada 25 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda itu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumah bernombor 17866, Taman Semarak, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian itu, Afzainiezam dikatakan bertindak melanggar pintu pagar rumah mertuanya dengan menggunakan sebuah kereta.

Akibat perbuatan tertuduh, pintu pagar rumah berkenaan tercabut manakala pasu bunga yang terdapat di pagar berkenaan pecah.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment