Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa
pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM)
yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah
suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat
pada masa depan.
Perdana Menteri juga mengumumkan :
- Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
- Bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus)
- Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan
- Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus)
- Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
- Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
- SSM akan ditambahbaik
- Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji & mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam
- Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
- Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
- Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
- Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Berkenaan isu SBPA dan SSM ini memang sudah
lama sangat baru selesai, namun ianya belum selesai sepenuhnya lagi selagi kita
tak lihat sendiri Lampiran C yang dikhabarkan bakal menjadi struktur
baru gaji penjawat awam dengan pengekalan SSM itu.
LAGI BERITA TERKINI MENGENAI STRUKTUR GAJI BARU: