Salah seorang suspek yang dipercayai bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk melihat jenazah anaknya itu.
Dia yang berusia dalam lingkungan 30-an, dilihat memakai pakaian lokap dan bergari, tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi ini dengan diiringi tiga anggota polis.
Menurut akhbar The Star, sebelum memasuki bangunan hospital, nenek Nurul Nadirah, Milnah Jul, 52, meluru ke arah lelaki berkenaan, memeluknya dan meminta agar dia bersabar.
Lelaki tersebut menghabiskan masa kira-kira 10 minit di situ. Turut kelihatan adalah ibu Nadirah, Roselyn Alan, 25 dan suami barunya, Lima Medeng, 25.
Sementara itu jenazah Nadirah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai di sini pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.
Jenazah kanak-kanak malang yang juga dikenali sebagai Dirang itu dituntut oleh keluarganya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini selepas selesai urusan memandi dan mengkafan dilakukan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Al Muhajirin, Masai dekat sini sebelum dibawa menaiki van jenazah menuju ke tanah perkuburan berkenaan dengan diiringi oleh ibunya, Roselyn Alan, datuknya, Alan Alip, 49, serta beberapa orang jiran.
Kronologi Pembunuhan Dirang dan Punca serta Motif Penculik Membunuh Dirang Part 1!
Kronologi Pembunuhan Dirang dan Punca serta Motif Penculik Membunuh Dirang Part 2!