Edisi Terkini! Tidak Sangka Hari Ini Kami Menerima Berita Menyedihkan - Susulan Kisah Dirang, Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on


“Kenapa kasi mati anak aku.” Itu reaksi Roselyn Alan, 25, selepas menerima panggilan telefon daripada polis yang mengesahkan rangka yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu, adalah mayat anaknya, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang.

Difahamkan, Roselyn menerima panggilan telefon itu pada jam 6.40 petang sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Milnah Jul, 56, yang baru pulang selepas keluar mencari Dirang di kawasan berhampiran.


Hampir sejam Roselyn menangis sebelum pengsan, manakala suaminya, Lima Medeng, 25, pula merenung ke luar tingkap sambil mengalirkan air mata.


Roselyn dan Lima gagal ditemu bual semalam kerana terlalu sedih dengan kejadian itu. Milnah berkata, dia terkejut dan sedih dengan berita itu.

“Saya terkejut selepas Roselyn memaklumkan rangka itu adalah Dirang. Sebelum ini, kami sekeluarga lega selepas polis memaklumkan ia bukan Dirang. “Tidak sangka hari ini (semalam) kami menerima berita menyedihkan,” katanya sebak ketika ditemui di kediaman Roselyn di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.





Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment