Edisi Terkini! Ustaz dipenjara 18 tahun sebabkan kematian murid Tahun 1!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang ustaz sebuah sekolah rendah agama di Arau, Perlis dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian murid Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab yang menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Hanif Mohd Ali, 28, berkata hukuman berjalan daripada tarikh tertuduh ditahan pada 1 April 2011. Semalam, Hanif mengaku melakukan perbuatan itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011 antara 6 petang dan 12 tengah malam. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Mohd Zaki semasa penghakimannya berkata, hukuman dijatuhkan setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh dan diharap dapat menjadi pengajaran kepada sesiapa yang ada kuasa mendisiplinkan pelajar supaya lebih berhati-hati serta tidak bertindak berlebihan ketika mendidik.

"Apa yang dilakukan mestilah berkonsep mendidik dan bukan tindakan di luar perikemanusiaan... tidak harus bertindak melulu dan melampau. Harus diingat si mati masih kecil, manja dan bersaiz kecil," katanya.

Mohd Zaki berkata, sebagai pendidik, tertuduh seharusnya perlu lebih banyak bersabar dalam menjalankan tugas tersebut. Tertuduh yang memakai kemeja putih, berseluar kelabu serta berkopiah dilihat berpelukan dengan beberapa sahabatnya sambil menangis selepas penghakiman terhadapnya selesai.

Sebelum ini, Hanif dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment