Seorang pensyarah, Zara Eleena, 23, yang ditemui
mati bersama bapanya di dalam rumah di Taman Kinrara, Puchong, dekat
sini kelmarin, dipercayai mempunyai hubungan intim dengan salah seorang
suspek lelaki yang ditahan polis pada hari sama.
Menurut sumber, lelaki itu merupakan pelajar pensyarah tersebut yang mengambil subjek bahasa.
Katanya, hubungan tersebut dipercayai terjalin ekoran pelajar itu
sering membantu mangsa yang kurang upaya menjalankan tugas hariannya.
"Keakraban mereka bukan menjadi rahsia dan diketahui warga kolej
kerana mereka bersikap terbuka," katanya ketika ditemui di sini hari
ini.
Semalam, polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 20-an di sebuah flat
di Pandan Indah di sini bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.