Edisi Tips! Bagaimana nak tahu pasangan kita itu sudah bertaubat, atau sudah betul betul beriman?

Oleh Kaki Wayang on




Bagaimana nak tahu pasangan kita itu sudah bertaubat, atau sudah betul betul beriman? Mudah sahaja caranya. CUBALAH!


Pertama pastikan lokasi tempat tinggal pasangan, adakah mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana mana sahaja, lepas tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat.


Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhram telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.

 

Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.

Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?

Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.

Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.

Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”

Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”

Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”


Dah selesai hunbungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?


******


Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:


Jika jawapan A:


Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..


Jika jawapan B:


Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!


Jika jawapan C:


Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!


Jika jawapan D:


Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?


Jika jawapan E:


Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!

Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment