Edisi Tips Blog! Tips Bagaimana Nak Dapatkan Unique Views Yang Berkualiti Part 1!

Oleh Kaki Wayang on


Ramai yang tanya, “banyaknya Unique Views ko, macam mana ko dapatkan trafik (UV) sebanyak itu? Pakai keyword apa?”

Sebelum pergi dengan lebih jauh lagi, nak bagi tips sikit bagaimana ingin berjaya dalam dunia blogging. Mahu tidak mahu, nak tak nak, anda hanya perlu lakukan satu sahaja iaitu BERUSAHA. Tanpa usaha kita tak kan kemana. Blog kita tak kan kemana. Apatah lagi kalau blog kita tu hari ni update 1 artikel kemudia minggu depan pula update. Orang kata “suam-suam kuku”. Memang tak kan berjaya.
 
Orang mesti cakap kat aku, “Cakap pandai lah”, blog ko tu dah power mestilah ko akan cakap macam tu”. Untuk pengetahuan semua, saya bermula dengan KOSONG ok. Saya bermula di ranking 27 Juta dalam Alexa Ranking sehinggalah saya mampu mendaki pada kedudukan sekarang 269,000++.

So, tidak ada jalan mudah nak berjaya. Semuanya memerlukan usaha. Ok sekarang korang dah tahu kan perkara utama adalah USAHA. Tapi usaha itu perlulah dilakukan dengan beberapa cara. Kat sini saya nak bagi tips sikit bagaimana untuk mendapatkan UV paling berkualiti. Maknanya bukan sahaja PV (Pageviews) itu penting tapi yang lebih penting kita mampu kecapi dan capai Unique Views yang paling berkualiti dan asli.

Mengikut kajian yang saya jalankan secara tak rasmi, setelah melihat kepada pergerakan UV secara berterusan dan konsisten. Dapat saya simpulkan bahawa antara PV dengan UV, PV merupakan benda paling senang kita nak kecapi. Nak capai 25K PV dalam sehari pun mudah sebenarnya. Cuma yang masalahnya adalah untuk mendapatkan UV. UV inilah yang penting untuk anda mendapatkan bayaran daripada pihak pengiklan.

Kalau anda capai sejuta PV pun tapi UV anda sedikit maka bayaran yang anda dapat pun sedikit juga. Saya tak nak bagitahu apa itu UV secara saintifik dan panjang lebar kat sini kerana anda boleh cari makna UV itu dengan hanya meng”google”. UV sebenarnya, pembaca atau pengunjung baru yang datang berkunjung ke blog kita. Tanpa kita sedari selain daripada Followers kita ramai daripada UV kita adalah insan-insan atau pengunjung baru.

Sebagai contoh, orang yang tak pernah masuk ke blog kita kemudiannya masuk ke blog kita pada hari ini. Katakan 100 orang adalah pengunjung baru. 100 orang itulah UV kita. UV paling berkualiti dan asli yang dijana. Macam mana nak dapat 100 UV? Kita kena pastikan PV kita melebihi 500-1000 ke atas. Kalau tak lebih jangan harap nak dapat UV sebanyak itu.

Penyumbang terbesar PV kita adalah kita sendiri. Aik kenapa pula? Cuba fahami situasi ini, setiap masa kita akan senantiasa menggunakan button “refresh” bukan. Apabila kita membuka laman blog kita, kita ni memang suka nak refresh. Setiap refresh adalah PV untuk kita. Kalau kita buat refresh sebanyak 5000 kali dalam sehari maka PV kita akan dapat adalah sebanyak 5000. Tapi tahukah anda perbuatan refresh blog sendiri, tekan button Home atau melayari blog sendiri sebenarnya merosakkan keaslian UV kita? Kenapa? Setiap computer dating dengan IP Adress nya yang tersendiri, So setiap kali refresh tidak akan ada satupun UV dijana kerana ianya datang daripada kita.

Cuba bayangkan daripada 5000 PV yang dijana dari refresh atau melayari blog sendiri, hanya 1 sahaj UV yang kita dapat. Rugi bukan!

Cukup setakat ini, nanti saya akan sambung lagi..mesti korang tak sabar nak tahu kan macam mana saya generate UV sebanyak ini. Ben Ashaari Dapat 3K Unique Views,Mat Gebu dapat 7K Unique Views, Saya Pun Dapat 7K Unique Views!

Bersambung..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Kaki Wayang said...

yang penting kena ada minat

Post a Comment