Edisi Hangat! Gambar dan Kisah Pernikahan Jejai dan Fasha Sandha Dan Dugaan Mereka Sebelum Nikah!

Oleh Kaki Wayang on


Setelah mengharungi episod cinta yang sentiasa dihambat kontroversi, akhirnya pasangan dua sejoli ini disatukan dalam majlis serba sederhana. Perkenalan selama tujuh tahun itu tidak sia-sia kerana cinta mereka begitu kuat walaupun sering diuji. Turut mengharapkan perkahwinan ini sebagai penamat kisah kontroversi mereka, baik Fasha mahupun Jejai, mereka mengimpikan alam rumah tangga yang bahagia hingga ke akhirnya... Kalau dah jodoh, tak ke mana jua. Itulah ungkapan yang paling sesuai ditujukan buat pasangan pengantin baru, Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.


Setelah melalui pelbagai kontroversi dan kisah-kisah kurang enak, akhirnya pemenang Pelakon Drama Wanita Popular 2011, sah bergelar isteri kepada Jejai yang merupakan bekas suami pelakon popular, Nora Danish.


 Tiada apa diharapkan pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 28, selain daripada ikatan yang kekal hingga ke akhir hayat bersama cinta hati pilihannya.  Mengakui Jejai adalah lelaki dambaan yang memenuhi setiap karakter idamannya, Fasha menyifatkan Jejai seorang yang penyayang, matang dan boleh menjadi pemimpin yang baik.

“Di awal perkenalan, kami hanya berkawan biasa dan hubungan ini dibina dari peringkat ke peringkat. Dalam tempoh masa yang panjang, kami banyak berkongsi minat dan persamaan.  “Dia seorang lelaki yang baik, pendengar setia dan mampu memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk terus berjaya.

“Ketika saya mula serius dalam bidang perniagaannya salun kecantikan, Chinta Salon, dialah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Selain itu, dia menerima apa jua kelemahan dan kekurangan saya,” katanya selepas majlis akad nikah yang berlangsung di Windows On KL, Hotel Crown Plaza, Jumaat lalu.

Majlis diadakan secara tertutup itu dihadiri 300 tetamu daripada keluarga terdekat.

Enggan mendedahkan nilai hantaran, Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM8,888.88. Akad nikah mereka telah dikendalikan oleh bapa Fasha sendiri, Hassan Moiddeen, pada jam 9.45 malam.

Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada beg Louis Vutton, alat solek, Galaxy Note, sebentuk cincin dan coklat manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.


Lamaran kali kedua

MENGIMBAU detik perkenalan pasangan ini, mereka mula mengenali antara satu sama lain pada 2005 sebelum Jejai bergelar suami kepada Nora. Hubungan mereka ketika itu hanyalah sekadar teman biasa. Tetapi, Fasha telah dikaitkan apabila hubungan Jejai dan Nora berantakan sehingga mereka sah bercerai pada 2008. Sejak itu, hubungan mereka dikatakan semakin intim dan Jejai telah memberi kejutan kepada Fasha dengan menaiki helikopter ke lokasi penggambaran drama lakonan Fasha.

Pun begitu, Fasha tetap menyatakan bahawa hubungan itu tidak lebih daripada kawan biasa, sehinggalah pada 18 Mei 2010, Fasha tampil mengakui hubungan cinta itu. Pernah berpisah pada Oktober 2010, hubungan itu kembali terjalin dek cinta yang sukar dipadam dalam diri pasangan ini.

Walaupun Jejai membawa gelaran duda beranak satu, Fasha menerima suaminya itu seadanya dan tidak menganggap perkara itu sebagai masalah buatnya. “Saya menerima dengan hati yang terbuka. Lagipun, tiada bezanya walaupun dia bujang atau duda. “Saya tidak menganggap itu sebagai satu perkara yang perlu difi kirkan. Lagipun, keputusan saya untuk berkahwin dengannya bukanlah terburu-buru.

“Ini adalah lamaran buat kali kedua. Sebelum ini, dia melamar saya pada tahun lalu, namun saya masih belum bersedia untuk ke fasa itu kerana terlalu sibuk dengan kerjaya,” katanya.


Tidak halang kerjaya

WALAUPUN pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti, bagi Jejai, dia tidak akan menghalang isterinya untuk terus berkecimpung dalam kerjaya itu. Memahami karier isterinya dalam industri tempatan, Jejai memberitahu akan sentiasa menyokong perjalanan seni isterinya. “Saya tiada masalah untuk mengizinkan Fasha terus berlakon kerana itu kerjayanya. Saya harus menghormati minat dan kariernya kerana sejak awal perkenalan lagi dia memang seorang pelakon.

“Pun begitu, tidak semestinya dia harus mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Saya yakin, dia dapat mengimbangi tugasnya kerana bagi saya Fasha mempunyai pendirian dan matlamat yang tersendiri. “Selain itu, dia juga memenuhi ciriciri isteri yang saya idamkan. Tiada apa yang membahagiakan saya selain dapat memperisterikan wanita pilihan saya. Saya harap hubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya,” katanya yang kagum dengan disiplin dan kesabaran isterinya.

Walaupun suami memberikan kebebasan untuknya terus berlakon, namun bagi empunya badan, selepas ini dia akan lebih selektif untuk memilih sebarang tawaran. “Saya akan terus berlakon tetapi lebih selektif. Bukan kerana angkuh selepas mendapat anugerah, tetapi ia adalah jalan terbaik untuk memastikan tugas saya sebagai isteri dan pelakon terus seimbang.

“Saya tidak mahu mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ingin mempunyai masa untuk bersama suami. “Saya tidak akan berhenti berlakon kerana itu adalah minat saya, tetapi selepas ini perlu dikurangkan sedikit berbanding dahulu,” katanya yang bakal mendiami rumah baru yang dihadiahkan suami, di Ampang, Selangor.


Hadir kursus masak

SEPERTI isteri-isteri lain, Fasha juga mahu memikat hati suami melalui masakannya. Walaupun tidak memiliki kepakaran dalam menyediakan masakan, namun Fasha mempunyai cara yang tersendiri. “Saya akan menghadiri kursus memasak untuk menambah ilmu masakan yang ada. Saya teringin menyediakan masakan saya sendiri kepada suami.

“Tambah pula, Jejai seorang yang kuat makan, jadi saya perlu belajar untuk membuat makanan kesukaannya. “Jika ada kelapangan, saya akan menyediakan hidangan buat suami. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk memenangi hatinya.

“Selain kursus memasak, saya akan belajar dengan ibu juga. Setakat ini, saya hanya belajar yang ringkas-ringkas sahaja. Jejai memang suka makan masakan saya seperti masak lemak udang dan masak lemak ikan tenggiri,” katanya memilih Pulau Redang sebagai lokasi bulan madu, pada awal Mei ini. Berbicara soal cahaya mata, Fasha mahupun Jejai tidak menolak rezeki yang dikurniakan kepada mereka.

Malah, bagi Jejai sendiri, dia tidak sabar untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin. Menurut Fasha, dia tidak pernah merancang untuk memiliki cahaya mata pada waktu tertentu kerana kehadiran si kecil sememangnya amat dinanti. “Saya sudah bersedia bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja. Saya teruja untuk merasai pengalaman mengandung.  Namun, segalanya terserah kepada Yang Maha Kuasa, apa yang penting, selepas ini, perjalanan hidup saya akan menjadi momen yang paling indah,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
4 Comments

{ 4 Komen Membina!... read them below or add one }

mujagirl92 said...

alhamdulillah,, :D

Razf said...

tahniah fasha

EINZONE said...

alhamdulillah..tahniah! jom lepak blog saya n jd follower..mcm2 ada..handbag murah2 n cun pun ada..jom soping!!!

EINZONE said...

hye sis! jom lepak blog saya n jd follower....klik je einzone!

Post a Comment