Edisi Panas! Sah Bukan Dira, Dira Nafi Sakit Kerana Minum Bahan Peluntur!

Oleh Kaki Wayang on


Satu demi satu kontroversi melanda pelakon dan juga pengacara rancangan hiburan Melodi terbitan stesen penyiaran TV3, Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira dengan yang terbaru, dia didakwa meminum bahan peluntur.



Ketika dihubungi semalam untuk mengesahkan dakwaan tersebut, pengacara kontroversi itu menafikan bahawa dia kini terlantar di hospital kerana dipercayai meminum bahan berkenaan.

Menurut Dira, 28, dia dimasukkan ke hospital di ibu negara baru-baru ini disebabkan masalah tekanan darah rendah yang dialaminya sejak dari kecil.

“Saya memang dimasukkan ke hospital kelmarin tetapi tidak ada kena mengena dengan minum bahan peluntur sebaliknya disebabkan masalah tekanan darah rendah sejak kecil.

“Saya juga mengalami gastrik namun keadaan saya semakin baik sekarang,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

RamRamCute said...

jika membuat sesuatu kita haruslah berfikiran secara waras dan matang dan jangan mengikut nafsu dan hati yang marah dan selalulah ingat Allah yang satu....Insyaallah hati akan sejuk dan tenang semula

Kaki Wayang said...

Setuju ngan Kak Rahmah

Post a Comment