“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai,” kata Sabrina Yusof, bekas isteri penyerang Harimau Malaya, Safee Sali selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan pasangan itu untuk bercerai secara baik, semalam.
Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya.
Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya.
“Ini kenyataan pertama daripada (mulut) saya. Saya harap supaya tiada cerita buruk selepas ini,” katanya yang berasal dari Kuching.
Menurutnya, meskipun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami sudah berjanji untuk mengutamakan kebajikan anak mereka.
“Hubungan saya dengan Safee akan kekal baik. Lagipun kami memiliki dua anak (Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2). Kami kena jaga perasaan mereka.