Edisi Terkini! Berita Terkini Tsunami: Gempa bumi Acheh, Ribuan Penduduk Cuba Selamatkan Diri!

Oleh Kaki Wayang on


Ribuan penduduk di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat keluar rumah menyelamatkan diri setelah gempa bumi berukuran 8.6 pada skala Richter berlaku di Simeulue, Aceh diikuti beberapa gempa susulan.

Data oleh Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mencatatkan beberapa gempa susulan berlaku setelah gempa kuat yang pada awalnya dilaporkan berukuran 8.9 skala Richter pada pukul 3.38 petang waktu tempatan itu namun kekuatan gempa susulan semakin menurun.

BMKG segera mengeluarkan amaran tsunami sejurus gempa bumi kuat pertama yang berlaku pada kedalaman 10 km di Simeulue, Aceh itu diikuti gempa susulan berukuran 8.5 pada skala Richter beberapa saat kemudian.

Selain penduduk Aceh yang ramai berpindah ke pusat pemindahan, sejumlah penduduk di Balige, daerah Toba Samosir, Sumatera Utara juga bertempiaran keluar rumah apabila merasai gegaran kuat pada kira-kira pukul 5 petang kerana khuatir kejadian itu akan menimbulkan bencana.

Di Padang, Sumatera Barat, ribuan penduduk bandar itu berkumpul di kawasan Bypass zon hijau untuk berlindung daripada gelombang tsunami, setelah siren amaran tsunami berbunyi lantang di pusat bandar.

Penduduk pergi ke pusat pemindahan di zon hijau dengan menggunakan kenderaan selain berjalan kaki. Kesesakan lalu lintas dari arah pusat bandar menuju kawasan jalan Bypass Padang, hingga pukul 6 petang masih berlaku kerana kepadatan kenderaan yang terus meningkat sehingga memaksa sebahagian pelajar untuk berjalan kaki ketika pulang dari sekolah.

Sementara itu, di Bengkulu, Ketua Stesen BMKG Kepahiang Dadang Permana berkata, peringatan tsunami yang dikeluarkan di Bengkulu akibat gempa susulan yang melanda wilayah Aceh pada pukul 5.43 petang, dilanjutkan hingga pukul 7.15 malam.

BMKG turut mencatat gempa susulan pada pukul 4.28 petang yang berukuran 6.5 pada skala Richter, kira-kira 510km ke Barat Daya daerah Simeulue, Aceh dengan kedalaman 42km.

Gempa susulan berukuran 6.1 skala Richter juga dicatat berlaku pada pukul 4.48 petang pada kedalaman 10km di 630km ke barat daya Simeulue, Aceh diikuti dengan dua lagi gempa iaitu pada 5.09 petang dengan kekuatan 6.1 dan dengan kekuatan 5.7 skala Richter pada pukul 5.21 petang.

BMKG telah sekali lagi mengeluarkan amaran tsunami untuk wilayah Bengkulu, Lampung, Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara setelah gempa bumi berkekuatan 8.8 skala Richter kembali menggegarkan Aceh pada pukul 5.43 petang.

Di Jakarta, pakar tsunami Dr Subandono Diposaptono berkata penduduk yang tinggal di pesisir pantai di Aceh boleh kembali ke tempat tinggal masing-masing jika dua jam setelah berlaku gempa Aceh yang berkuatan 8.5 skala Richter itu tidak menyebabkan tsunami.

"Gempa ini berlaku di sekitar jarak 370km dari pantai Aceh barat dengan kedalaman 10km, jadi dianggarkan kelajuan tsunami 400-500km sejam dan memerlukan masa paling lama satu jam dari tempat berlakunya gempa," kata Dr Subandoro.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
3 Comments

{ 3 Komen Membina!... read them below or add one }

Aziela said...

Akak pun rasa juga gegarannya... Rumah akak di tkt 12 di KL.. Seram jer berhayunnn Err..akak pinjam gambar yer....

Kaki Wayang said...

Yeke kak..wah satu pengalaman yang amat mengerikan...kalau jauh pon rasa gegarannya..apatah lagi kalau dekat kan...

RamRamCute said...

semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh NYA.

Post a Comment