Edisi Terkini! Isu Bersih 3.0: Tiada sebab perlu ubah lokasi Bersih 3.0!

Oleh Kaki Wayang on


Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa perhimpunan Bersih 3.0 boleh diteruskan selagi tidak bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011, tetapi menegaskan, tidak ada keperluan bagi pihaknya mengubah lokasi - Dataran Merdeka - yang telah pun dirancang.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, pihaknya telah memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi kempen Duduk Bantah Bersih 3.0 dan ia akan diteruskan memandangkan premis itu relevan dari segi sejarah perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan amalan demokrasi di Malaysia.

"Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan dari Menteri Dalam Negeri yang membenarkan Bersih 3.0  berhimpun pada 28 April 2012. Perlu ditegaskan di sini bahawa Bersih  tidak akan beralih dari Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpuan," kata beliau.

Pada sidang media semalam, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menganggap perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada hujung bulan ini, yang berkaitan dengan pilihan raya, sebagai satu isu ancaman keselamatan. Sebaliknya Hishammuddin meminta pihak penganjur supaya mengadakan perundingan dengan polis.

Hishammuddin berkata, penganjur harus mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat. Dalam kenyataan media dikeluarkan sebentar tadi, Ambiga juga berkata, Akta Perhimpunan Aman 2011 masih belum dikuatkuasakan.

"Bersih 2.0 menekan sekali lagi bahawa  Akta Perhimpunan Aman  tidak boleh dipakai dan masih belum digazet," katanya lagi.

"Dalam apa jua keadaan, Bersih 2.0 berpandangan bahawa Akta Perhimpunan Aman 2011 melanggar jaminan kebebasan berhimpun dalam Perlembagaan," kata beliau sambil menambah, pihaknya "tidak melihat sebarang sebab mengapa Dataran Merdeka tidak sesuai."

"Kami  pecaya bahawa tidak ada sebab kenapa Dataran Merdeka tidak sesuai kerana banyak  perhimpunan  telah dijalankan di Dataran ini termasuk Sambutan 205 Tahun Polis Diraja Malaysia," kata Ambiga lagi.

Bekas Presiden Majlis Peguam ini juga berkata, Bersih 2.0 akan menulis surat kepada polis tentang perancangan pihaknya.

"Kami berharap PDRM akan membantu perjalan lalu lintas  pada 28 April ini seperti mana yang telah dilakukan kepada beberapa perhimpuan orang ramai yang terdahulu," katanya lagi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment