Edisi Terkini! Panas - Nik Aziz Akui Biayai Peserta Perhimpunan Bersih 3.0!

Oleh Kaki Wayang on



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui membiayai beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan, yang berakhir dengan keganasan kelmarin. Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari  wang parti, sebaliknya  kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.


Lagi Berita Berkenaan PERHIMPUNAN BERSIH 3.0!

EDISI TERKINI! GAMBAR PERUSUH GUNA KAYU PUKUL POLIS - SUSULAN PERHIMPUNAN BERSIH!

EDISI TERKINI! VERSI SEBENAR VIDEO BERSIH 3.0 DITAYANG - SUSULAN PERHIMPUNAN BERSIH 3.0!

EDISI TERKINI! SELEPAS BERSIH 3.0, KINI BERSIH 4.0 MENYUSUL!

EDISI TERKINI! PANAS - NIK AZIZ AKUI BIAYAI PESERTA PERHIMPUNAN BERSIH 3.0!

EDISI TERKINI! POLIS MENINGGAL DUNIA TIDAK SERTAI OPS AMAN - SUSULAN PERHIMPUNAN BERSIH 3.0!
“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya,  bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Fadzli Mohd Hassan tidak menolak kemungkinan terdapat peserta yang hadir dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, namun bukan atas kapasiti parti.

“Kita tidak ada duit untuk biayai peserta yang begitu ramai, kebiasaannya orang Pas ini mengeluarkan duit sendiri, namun jika ada tajaan, mungkin itu bersifat peribadi,” katanya.

Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya tidak pernah membincangkan soal kewangan untuk  peserta Bersih, namun mengakui mengeluarkan belanja untuk ceramah yang dihadiri Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, tiga hari lalu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

mujagirl92 said...

eh,, org kata bersih ni bukan pasl parti,,

Post a Comment