Pelakon
dan pelawak Husni Mohd Rawi atau lebih popular dengan panggilan Bob
Kuman mengucapkan ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab
menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini.
Katanya, tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk
saudara maranya sedih.
"Berita
ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini
ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di
rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi. Menurut Bob Kuman, 40, tindakan
melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil
kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.
“Saya
tidak mahu tuduh sesiapa tetapi saya yakin mereka yang ini sengaja
menyebarkan berita palsu ini untuk meraih simpati orang ramai dan
berkemungkinan orang itu mungkin boleh kutip derma kilat jika berita
saya meninggal tersebar,” katanya.
Mesej
kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman
mikro Twitter tengah hari tadi. Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal
dengan penyebaran berita itu dan berharap pihak-pihak terbabit agar
menyemak sumber maklumat yang diterima sebelum disebarkan menerusi blog,
laman sosial dan juga laman web. Ketika ditanya mungkin ada pihak yang
tidak berpuas hati dengan kelantangannya bercakap mengenai beberapa isu
sebelum ini, Bob Kuman berkata, dia bersedia bersemuka dengan individu
itu.
“Saya
reda dengan apa yang terjadi hari ini dan sebagai artis saya sudah
bersedia dengan masalah yang akan wujud seperti ini dan saya ada
seorang isteri yang baik, dia nasihatkan macam mana sekalipun yang
berlaku kena gembira, jadi saya masih tenang bila dianiaya begini,”
katanya.
Tiga
hari lalu, dilaporkan bahawa Bob Kuman terharu dengan sumbangan yang
diberikan peminatnya menerusi akaun banknya selepas kisahnya tersiar di
dalam sebuah laman blog baru-baru ini.
Bob
Kuman mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminatnya yang
sudi menyumbang bagi membantu meringankan beban yang dialaminya.
Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani
penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang
menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.