Nuffnang Tidak Adil Kerana Tidak
Membayar Kepada Blog-Blog Yang Memperolehi Unique Visitor Lebih 1k Sehari.
Perkara
itu tidak benar sama sekali, pihak kami tidak pernah bersikap tidak adil buat
semua blogger-blogger dibawah naungan kami. Pemilihan blog adalah bergantung
sepenuhnya kepada kelayakan pengiklan. Untuk pengetahuan semua, Unique Visitor
yang banyak tidak menjamin kepada peluang anda untuk dipilih. Sesiapapun yang
berada dibawah naungan Nuffnang akan mendapat peluang yang sama dalam pemilihan
CPC/CPM. Untuk CPM, pemilihan blog sepenuhnya dilakukan dan bergantung kepada
kelayakan pengiklan.
Tips Mengisi dan Mengemaskini Ruang
‘Update Survey’ Nuffnang!
Bagi
mereka yang telah mengemaskini “update Survey”mereka tetapi tidak mendapat
bayaran dari pihak Nuffnang. Anda sepatutnya hanya memilih satu sahaja topic
samaada blog anda berada di kategori sukan, hiburan, makanan ataupun beberapa
kategori lain. Memilih lebih dari satu kategori akan mengakibatkan anda tidak
dipilih oleh pihak pengiklan.
Jangan
risau, peluang masih ada dan teruskan berblog tanpa mengira penat lelah. Usaha
anda itu pasti akan membuahkan hasil suatu masa nanti.