Edisi Simpati! Kesian Bayi Itu, Tak Dapat Nak Bayangkan Dia Maut Apabila Terkena Renjatan Elektrik!

Oleh Kaki Wayang on

 
Seorang bayi berusia enam bulan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas memegang wayar soket penyambung elektrik yang diletakkan di lantai ruang tamu rumah neneknya di Kampung Lancor Tok Leed, Pokok Sena di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa, Syahmina Zulaika Mohamad Hazim Akmal yang baru pandai meniarap dikatakan memegang wayar tersebut sebelum tidak sedarkan diri.

Difahamkan terdapat bahagian wayar dalam terdedah selepas bahagian penebatnya terbuka.

Ketika kejadian, Syahmina berada di ruang tamu bersama kakaknya, Sofina Zulaika, 3, sementara ibu saudaranya, Noraina Rosli, 14, sedang memasak di dapur.

Ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, memberitahu, mangsa dan kakaknya ketika kejadian dijaga oleh Noraina kerana datuk dan nenek mangsa, Rosli Ahmad, 43, dan Rohani Napiah, 43, keluar menoreh getah.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

RamRamCute said...

alahai kesiannya...salam takziah buat keluarga mangsa

Post a Comment