Edisi Sukan Hangat! Real Madrid Juara Liga Sepanyol 2011/2012, Benam Ego Barcelona - Ikuti Suka Duka Mereka!

Oleh Kaki Wayang on


Real Madrid akhirnya merangkul kejuaraan Liga Sepanyol selepas tempoh empat tahun apabila menewaskan Athletic Bilbao 3-0, sekali gus menamatkan penguasaan tiga tahun berturut-turut musuh tradisi, Barcelona.



Gonzalo Higuain, Mesut Ozil serta Cristiano Ronaldo masing-masing menjaringkan satu gol bagi memberikan Jose Mourinho mencipta rekod tersendiri dengan menjuarai empat gelaran liga dari empat negara berbeza.

Real memerlukan kemenangan selepas Barcelona mencatatkan kemenangan 4-1 melalui jaringan Carles Puyol dan hatrik Lionel Messi yang turut menyaksikan dia memecah rekod jaringan dalam satu musim bagi bola sepak Eropah yang dipegang Gerd Muller.


''Musim ini sungguh menyukarkan kami tetapi akhirnya berjaya dan diharapkan ini akan menjadi permulaan bagi sebuah skuad yang terdiri ramai daripada pemain muda. Saya mahu dedikasi kejayaan ini kepada penyokong,'' kata ketua pasukan Real, Iker Casillas.

Sergio Ramos pula menambah: ''Kami cukup gembira. Liga ini memang sukar dan Barca memang sebuah pesaing yang kuat, kami mahu meraikan kejayaan ini dan meraikannya bersama peminat.''

Mourinho seperti dijangka enggan bersemuka dengan media Sepanyol tetapi hanya bercakap kepada Real Madrid TV.

''Kejuaraan ini cukup bermakna kepada kami, tiada siapa memberikan kami apa-apa harapan pada permulaan musim. Kami berjuang dari mula hingga akhir, semua pemain cukup hebat dan mereka layak atas gelaran ini.

''Saya pernah memenangi kejuaraan liga sebelum ini di Portugal, Itali serta England tetapi ini antara paling sukar antara semua. Saya rasa Barca selepas memenangi tiga kejuaraan secara berturut-turut, tahu yang kami memang layak meraih gelaran ini,'' kata Mourinho.

Real terlepas peluang pada minit ke-11 apabila sepakan penalti yang diambil Ronaldo dapat diselamatkan Gorka Iraizoz dan ia merupakan kali kedua dia terlepas sepakan penalti dalam tempoh seminggu.

Namun, Real akhirnya di hadapan lima minit kemudian apabila Higuain melepaskan rembatan padu dari jarak 20 meter.

Nasib tidak menyebelahi Athletic apabila pengadil menafikan sepakan penalti walaupun bola ternyata mengenai tangan Sami Khedira.

Ozil mengukuhkan kedudukan Real apabila menerima baik hantaran silang Ronaldo, 20 minit kemudian untuk menjaringkan gol kedua pasukan pelawat.

Ronaldo akhirnya dapat menebus kekecewaan apabila menjaringkan gol ketiga Real pada minit ke-50 dan merupakan gol ke-44 liga pada musim ini.

Athletic cuba mencari gol sagu hati di hadapan penyokong sendiri tetapi terpaksa bermain 10 orang pada minit ke-73 apabila Jordi Martinez dilayangkan kad merah selepas menerima dua kad kuning.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment