Edisi Hangat! Kaki Wayang Kini Bergelar Pegawai Penyelaras Kebudayaan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia - Mampukah Aku?

Oleh Kaki Wayang on



Azri Abd. Rajid aka Kaki Wayang sekali lagi mendapat pengiktirafan dari Pihak Pengurusan Politeknik Muadzam Shah..dan pada kali ini Pihak Politeknik mencadangkan nama aku untuk dicalonkan sebagai Pegawai Penyelaras Kebudayaan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..

Pada mulanya aku seperti biasa menerima setiap surat dengan hati yang terbuka..namun pada kali ini ianya berlainan sedikit auranya apabila aku dilantik bagi peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..dan bukannya di peringkat Politeknik Muadzam Shah sahaja malah diperingkat Kementerian..perghhhhh ini memang sudah mencabar kredibiliti aku sebagai seorang penjawat awam..

Kalau setakat peringkat Politeknik Muadzam Shah mungkin aku boleh terima dengan mudah sebab nak kena urus perkara kesenian dan kebudayaan diperingkat politeknik je..tetapi bila dilantik di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..nampaknya tugas aku semakin mencabar..

Walauapapun..Alhamdulillah dan terima kasih atas kepercayaan yang telah Pengarah berikan kat aku dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..InsyaAllah tugas baru ini akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Aku masih tak percaya!!!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
3 Comments

{ 3 Komen Membina!... read them below or add one }

Anonymous said...

tahniah KW >_< gunakan peluang sebaik mungkin ye hehehehe

Kaki Wayang said...

Thanks dan InsyaAllah...BTW..peluang ape yer????

Aziela said...

Waahhh, Tahniah. Jalankan amanah sebaiknya... Ini adalah peluang untuk memajukan increment dengan pantas. All the best yer...

Post a Comment