Edisi Hangat! Pengakuan Adda, Bekas Kekasih Mamat Sepah - Benar Saya Sudah Dicerai!

Oleh Kaki Wayang on


Tidak ada perkara yang lebih membahagiakan dalam alam berrumah tangga selain mempunyai pasangan yang menyayangi dengan sepenuh hati, selain mengharapkan perkahwinan itu kekal ke hujung nyawa. Namun sebagai manusia biasa yang tidak mampu meramal masa hadapan, kita hanya mampu berserah dan terpaksa menerima ketentuan yang telah ditetapkan walaupun kadang-kala realiti itu terlalu sukar untuk ditelan.

Segala perkara dan musibah yang menimpa diri tidak harus dipandang daripada perspektif negatif sahaja kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Adda Butterfly atau nama sebenarnya Nur Syuhada Baharuddin, 24, tidak malu mengakui akan realiti yang terbentang di depan matanya apabila hanya bergelar isteri selama 17 hari sahaja.

Wanita muda ini mengaku, peristiwa itu cukup merobek jiwa dan perasaannya, bagaimanapun dia tidak kisah untuk bercerita sebagai panduan kepada wanita lain juga. Cerita panas bermula apabila Adda dikatakan bernikah dalam keadaan tergesa-gesa Mac baru-baru ini dengan lelaki bernama Ridzuan Mohammad yang tidak jelas statusnya.

Ada yang mendakwa Adda bernikah dengan suami orang tetapi dinafikan oleh lelaki berkenaan yang mengaku dirinya berstatus duda. Adda juga percaya dia bukan bernikah dengan suami orang. Bagaimanapun, apabila gambar majlis perkahwinan mereka tersebar, keadaan menjadi semakin keruh. Menurut Adda, akhirnya dia mendapat tahu bahawa sememangnya lelaki yang dinikahi masih berstatus suami orang.

"Kontroversi demi kontroversi akhirnya menyebabkan dia (bekas suami) keluar daripada rumah akibat tekanan. Dia memang masih suami orang. "Akhirnya Adda terpaksa menerima kenyataan apabila dia menghubungi melalui telefon dan melafazkan cerai. Itulah detik-detik perpisahan kami," kata Adda kepada Hits dalam pasrah.

Adda yang sebelum ini merupakan bekas kekasih kepada Mamat daripada kumpulan Sepah berkahwin pada 30 Mac lalu akhirnya bergelar janda di usia muda setelah diceraikan pada 17 April.

Bangun kembali

Apa yang jelas, bukan mudah untuk mengubat hati yang luka, apatah lagi dengan statusnya sebagai orang yang dikenali. Walaupun mengecapi nikmat bergelar isteri hanya 17 hari, Adda mengakui dia tidak sepatutnya terus membiarkan diri diulit kecewa dan terus tenggelam dengan perasaan itu. Adda tahu dirinya perlu kembali bangkit dan meneruskan perjalanan yang masih jauh.

"Apa yang penting, tragedi yang menimpa saya ini tidak sepatutnya menjadi batu penghalang dan mematahkan semangat untuk meneruskan kehidupan. Saya anggap ini sebagai salah satu dugaan yang saya terpaksa ditempuh dengan penuh tenang dan sabar. "Selain itu, dalam masa yang sama, pengalaman ini membuatkan saya lebih matang dalam membuat sebarang keputusan," katanya.

Mahu terus melangkah maju ke hadapan, Adda kini mahu terus memberikan fokus kepada bidang nyanyian dan tidak mahu dihantui dengan peristiwa hitam itu lagi.

"Saya mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan semangat dan turut membantu saya menghadapi perkara ini. "Berdiri di atas kekuatan ini, saya mahu terus berjuang dalam karier saya ketika ini demi memulakan hidup baru," katanya yang masih dalam tempoh beredah.

Rezeki

Di sebalik kesedihan yang menimpa dirinya, Adda redha dengan dugaan tersebut dan menyifatkan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

"Alhamdulillah, kini Allah telah melimpahkan rezeki kepada kerjaya saya. Peluang dalam bidang seni juga sudah mula nampak dan dalam masa yang sama single Lelaki Pilihan turut mendapat sambutan. "Lagu tersebut yang dikeluarkan baru-baru ini menyaksikan ia mendapat reaksi positif di corong-corong radio dan saya percaya ini merupakan satu petanda positif. "Malah kini saya juga sedang sibuk dalam proses untuk mempromosikan single tersebut," jelasnya lagi.

Selain itu, Adda juga memberitahu dia pastinya akan memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya agar dapat memuaskan hati semua pihak. Apa yang penting, dia mahu menjadi anak seni yang membanggakan keluarga, itu janji Adda.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment