Edisi Panas! Susulan Isu Perang Anzalna dan Neelofa, Anzalna Akui Kesilapannya, Terlalu Mengikutkan Emosi!

Oleh Kaki Wayang on


Seperti yang kita semua tahu, kontroversi yang sedang hangat sekarang ini adalah pergaduhan diantara Anzalna Nasir dan Neelofa pada minggu lalu, namun pelakon Anzalna ini menolak dakwaan yang ekoran dari pergaduhan ini memberi dia laluan mudah untuk menjadi popular

Anzalna membidas dakwaan yang tidak berasas itu kerana dia sudah dikenali oleh peminatnya walaupun masih baru dan tidak mengunakan kes pergaduhan ini untuk meraih “publisiti murahan”
Anzalna mengakui kesilapannya itu terlalu mengikutkan emosi kerana kerap mengemas kini pelbagai mesej berbaur sindiran kepada Neelofa di Twitter. Kini dia mahu mengumpul bukti bagi menghadapi notis tuntutan daripada Neelofa dan menyerahkan perkara ini kepada peguamnya.

Pergeseran antara dua aktres itu tercetus apabila Anzalna didakwa oleh Neelofa mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.

Susulan itu, Neelofa melalui peguamnya mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna dan diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Bollywood Girls said...

Priyamani BLASTING in Swimsuit – HQ Photo

Post a Comment