Edisi Seram! Gempar Misteri Jalan Maut, Jalan Titi Haji Idris Terbongkar!

Oleh Kaki Wayang on


Kisah ini adalah mengenai sebuah tempat yang mana sering berlakunya kejadian kemalangan maut yang membabitkan ramai orang. Lokasi yang di maksudkan adalah di Jalan Titi Haji Idris. Lokasi ini telah dilabel sebagai jalan yang berpuaka sehingga membimbangkan orang ramai. Lihat sahaja keratan di dada-dada akhbar, banyak kemalangan maut yang berlaku di sana. Ikuti beberapa siri kisah mengenai lokasi ini.



JKR Diminta Siasat Jalan Maut

Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta melakukan siasatan di Jalan Titi Haji Idris yang sering menyebabkan kemalangan maut dengan kes terbaru yang membabitkan lima guru persilatan dari Persatuan Persilatan dan Pengendangan Silat Negeri semalam . Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah , Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata , jalan yang kerap mengalami kemalangan itu perlu diberi perhatian bagi mengelak kejadian yang sama berulang . Menurutnya , JKR mungkin dapat membuat kajian di kawasan berkenaan sama ada untuk memperbesarkan jalan atau mengambil langkah lain . “

Tindakan perlu diambil oleh JKR atau Kerajaan Persekutuan sama ada memperbesarkan atau meluruskan jalan berkenaan . “ Langkah ini penting kerana jalan Titi Haji Idris itu merupakan laluan utama pengguna di kawasan berkenaan , “ katanya kepada media ketika melawat mangsa kemalangan di Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB ) semalam . Beliau turut melawat Mohd Idris Senafi , 20 yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki kanan . Ahmad Bashah berkata , beliau akan menggerakkan UMNO Bahagian di tempat tinggal mangsa untuk menghulurkan bantuan .

Jeritan Minta Tolong dari Dalam Van

Ketika merangkak menuju ke bahagian jalan raya disebabkan betis berasa sakit dan berharap ada kereta yang lalu pada waktu itu , saya mendengar suara merintih meminta tolong datang dari dalam van tetapi saya tidak berdaya untuk berpatah balik membantu , “ kata Ariffin Mahazon , 55 , dari Kampung Tok Led , Jalan Panchur , dekat sini . Dia yang merupakan seorang daripada ahli Kumpulan Seni Rela Bakti dari Rombongan itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan menerima enam jahitan . Ariffin berkata , rintihan meminta tolong berkenaan membuatkannya terus mengharapkan sebuah lagi kereta rombongan yang mengekori mereka dari belakang cepat sampai di tempat kejadian .

Menurutnya , sebaik sahaja melihat kereta berkenaan menghampiri tempat kejadian , dia melambaikan tangan dan kereta itu berhenti . “ Lima lagi penumpang di dalam kereta terus mendapatkan saya tetapi saya menyuruh mereka pergi melihat keadaan mangsa lain yang berada di dalam van itu , “ katanya sebak ketika ditemui di rumahnya . Ariffin yang juga Guru Silat Persatuan Silat Gayong Cawangan Kampung Tok Led berkata , suasana kawasan di situ gelap dan mengharapkan lampu daripada kereta sebuah rombongan lagi menyuluh ke arah van terbabit .

Mengimbas kembali sebelum kejadian itu , Ariffin terjaga ketika van itu berhenti di Plaza Tol Pendang , van terus bergerak dan saya sempat bertanya kepada pemandu , Rashidi Ahmad di mana lokasi sekarang dan dia mengatakan bahawa sudah berada berdekatan dengan Langgar . “ Merasakan bahawa sudah hampir sampai , saya mencari kasut dan tunduk untuk memakai kasut dan pada waktu itulah van melanggar pokok , katanya . Menurutnya , pada saat itu dia menyangka bahawa sesuatu buruk berlaku dan berusaha untuk keluar dari van melalui tingkap disebabkan mangsa lain bergelimpangan antara satu sama lain . “ Ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB ) , saya ada terdengar perbualan antara Rashidi dengan petugas ambulans yang mendakwa dia melihat sesuatu benda melintas , katanya .

Sementara itu , seorang lagi anggota rombongan yang menaiki kereta , Mohd Noor Nin berkata , sebelum van berkenaan sampai ke Plaza Tol Pendang , ia memberi isyarat untuk memasuki Kawasan Rehat & Rawat ( R & R ) Gurun tetapi tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan . Guru Silat Persatuan Gayong Cawangan Kampung Alor Rela berkata , mungkin disebabkan merasakan bahawa destinasi tempat pulang semakin hampir , dia terus mengekori van itu dari belakang . “ Sesampai sahaja di tempat kejadian saya melihat Ariffin berada di tepi jalan sebelum menyuruh saya memberi bantuan kepada kawan – kawan lain . “ Memang ada orang kata , kalau van berkenaan berhenti di R & R Gurun pasti kemalangan itu tidak berlaku , tetapi itu Cuma andaian . Kalau sudah hendak jadi semua akan jadi , “ katanya .


Senarai mangsa yang maut dalam kemalangan Jalan Titi Haji Idris

Jumaat @ Saad Mat Akir, 62 tahun, Kampung Manggol, Jitra
Juhari Darus, 65 tahun, Kampung Paya, Kodiang
Ahmad Ismail, 65 tahun, Alor Rela, Langgar
Sudin Deris, 65 tahun, Telaga Mas, Langgar
Ishak Awang Kechik @ Hanafiah, 78 tahun, Kampung Tualang, Pokok Sena

Tidak Sempat Berjumpa Keluarga

Kegembiraan rombongan persatuan seni silat Rela Bakti dari Kampung Alor Rela Langgar Pokok Sena bertukar kepada suasana sedih apabila sebuah van yang membawa ahlinya terbabit dalam kemalangan maut awal pagi , semalam . Kemalangan maut itu berlaku kira – kira jam 3.30 pagi berhampiran lampu isyarat Titi Haji Idris dekat Jalan Pendang ke Langgar menyebabkan lima penumpang di dalam van berkenaan maut , seorang berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar manakala tiga lagi hanya mengalami kecederaan ringan .

Sinar Harian yang turut ke lokasi kejadian kira – kira jam 4 pagi , semalam mendapati beberapa pihak iaitu bomba , polis , kakitangan kesihatan cuba mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan itu . Satu demi satu penumpang yang di bawa keluar didapati sudah meninggal dunia manakala pakaian dan alat – alat muzik yang dibawa turut bertaburan di tempat kejadian . Mereka pergi menyahut panggilan illahi dan tidak kesampaian untuk bertemu keluarga masing – masing walaupun sudah begitu hampir untuk sampai ke rumah atau destinasi masing – masing .

Penyelia Bomba Jalan Raja Alor Setar , Mat Nasir Syafie berkata , setelah mendapat maklumat mengenai kemalangan itu , anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mangsa yang terbabit adalah warga emas kecuali pemandu van . Menurutnya , anggota bomba mendapati satu mangsa tercampak dari kenderaan ke dalam sawah manakala yang lain berada dalam van . “ Tiga mangsa dikenal pasti meninggal dunia manakala tiga mangsa lain dikejarkan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan , “ katanya .

Kesan Mendalam atas Pemergian Tok Guru Ahmad

Pemergian Ahmad Ismail , 65 memberi kesan kepada prestasi Kumpulan Gendang Seni Rela Bakti yang kini memang terkenal dalam kalangan masyarakat setempat dan juga di luar Kedah . Yang Dipertua Seni Silat Raja Wali Tunggal Kedah , Riduan Laidin berkata , kehilangan semua guru itu sangat terasa kerana jasa mereka menjadi nadi kepada perkembangan seni silat dan juga seni pergendangan di Kedah .

Menurutnya , mereka sememangnya menjadi penyambung tradisi kepada seni warisan Melayu dan kehilangan ini mampu meninggalkan kesan yang besar kepada bidang berkenaan . “ Kehilangan ini memang memberi kesan kerana mereka terdiri daripada pelbagai aliran seni silat dan menjadi idola kepada pesilat muda , “ katanya . Bagi Guru Silat Persatuan Silat Gayong Cawangan Kampung Tok Led , Ariffin Mahazun , Ahmad menjadi penasihat kepada kumpulan gendang berkenaan .

Menurutnya , kumpulan yang dibentuk pada 2001 dan membawa irama aliran utara itu kini menjadi perhatian pelbagai masyarakat dan sering diundang untuk membuat persembahan pada majlis kenduri kahwin , dijemput pihak sekolah dan juga keraian yang diadakan di luar Kedah . “ Pemergian Ahmad pasti memberi kesan kerana dia adalah tonggak kepada kumpulan ini termasuklah empat lagi yang terkorban di dalam nahas itu , “ katanya .

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment