Edisi Terkini! Malam Pertama Pengantin Berdarah!

Oleh Kaki Wayang on



Hanya kerana terlanggar bahu ketika asyik menari di majlis perkahwinan adiknya, seorang lelaki yang juga abang pengantin perempuan maut apabila lehernya ditumbuk menggunakan buku lima oleh seorang tetamu dalam kejadian di Balai Raya Kampung Giring-Giring, di sini, kelmarin.



 CARI...anggota polis bersama suspek mengesan senjata yang digunakan menyerang mangsa.

Sebelum kejadian, mangsa, Rudy Saidi, 35, dan tetamu terbabit yang berusia 16 tahun, menyertai majlis menari itu sebelum mangsa terlanggar bahu dengan remaja terbabit. Insiden jam 8.30 malam itu menyebabkan pertengkaran antara kedua-duanya sebelum remaja terbabit mengeluarkan buku lima lalu menumbuk leher mangsa sebelum dia rebah.

Mangsa yang dibantu tetamu lain meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ranau manakala suspek melarikan diri apabila melihat mangsa tidak sedarkan diri. Susulan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment