Edisi Tips! 15 Cara Meningkatkan Trafik Blog Paling Berkesan Dari Denaihati!

Oleh Kaki Wayang on

denaihati directory 300x250 Banner
 
Alhamdulillah dapat juga aku kongsikan sedikit sebanyak tips untuk meningkatkan trafik khususnya dari Blogger terkenal seperti Denaihati..artikel ini adalah milik sepenuhnya Denaihati yang mana ianya disampaikan oleh saya dalam bentuk perkongsian (copy paste sepenuhnya) dari blog Denaihati..Sejak saya merupakan salah seorang pembaca blog beliau teringin benar untuk kongskan artikel dan tips yang beliau sampaikan..

Kepada blogger-blogger baru..cuba baca tips-tips yang diberikan dan praktikan kat blog anda..InsyaAllah lepas ni konfem trafik anda akan naik..tapi korang kenalah usaha..

Denaihati kata:-

Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri Cara Nak Popularkan Blog dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.
  1. Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
  2. Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
  3. Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
  4. Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
  5. Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang  plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
  6. Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
  7. Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
  8. Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
  9. Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
  10. Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
  11. Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
  12. Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
  13. Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
  14. Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
  15. Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
Sumber artikel ini adalah sepenuhnya milik Denaihati..tidak ada sebarang pengurangan atau penambahan terhadap artikel di atas..Untuk artikel penuh sila ke 15 Cara Tingkatkan Trafik Dari Denaihati!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
3 Comments

{ 3 Komen Membina!... read them below or add one }

Anonymous said...

salam..tq info nye...

Kaki Wayang said...

Sama-sama..

Kaki Wayang said...

assalammualaikum... maaf ye admin... saya tumpang promote blog saya boleh.... sudi2 le join
PEN TAK BERTUDUNG @ http://pentakbertudung.blogspot.com/
salam ukhuwah dari saya........

Post a Comment