Edisi Informasi! Permohonan dan Syarat Mohon Kolej Vokasional 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Sedar tak sedar kita sudah sampai di pertengahan bulan Oktober dan sudah sampai di fasa akhir tahun 2016. Macam biasa, setiap yang bermula apsti ada akhirnya. Setiap yang di atas pasti akan berada di bawah pada satu ketika. Hidup umpama roda. Cewahhhhhh. Namun bukan madah itu yang Kaki Wayang nak sampaikan, tetapi Syarat Mohon Kolej Vokasional 2016 sebenarnya. Ada macam pantun tak?

SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) 2015

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

SYARAT UMUM
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian
  • TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  • Calon bebas daripada masalah mental; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS

Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL 2015

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL 2015

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
Calon yang berminat, boleh klik ke https://sptv.moe.gov.my/ atau berkunjung ke kolej vokasional yang berdekatan.
Tarikh akhir permohonan ke kolej vokasional adalah pada 20/12/2015

Untuk melihat senarai kolej vokasional dan kursus yang ditawarkan pada tahun 2015, sila klik di sini - Senarai Kolej Vokasional & Kursus Yang Ditawarkan

Sila baca panduan dan info kursus yang ditawarkan di laman web sptv.moe.gov.my terlebih dahulu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment