Masjid Unik Di Ethiopia. Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang betapa cantik dan indahnya sesebuah masjid itu untuk mengukur sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Apa guna masjid cantik tetapi tiada ada jemaah di dalam yang mengimarahkannya. Apa guna masjid 18 tingkat kalau tiada sorang pun yang mahu menggunakann dan mahu beribadah di dalamnya.
Apabila kita menyebut MASJID. Sudah tentu kita akan terbayang akan binaan dan kubahnya yang cantik melambangkan masjid, rumah Allah SWT. Tetapi berlainannya pula di sebuah daerah kecil di Asaita, Danakil, Ethiopia.
Masjid ini ia dibina bagi memudahkan para nomad yang melalui kawasan ini bersama unta mereka singgah dan solat. namun begitu ruangan masjid ini hanya mampu untuk memuatkan beberapa jemaah sahaja dalam satu-satu masa. Pastinya satu kenangan manis dan pengalaman unik boleh dinikmati apabila berkunjung dan melaksanakan kewajipan solat di sini.