Edisi Tips! 6 Tips Yang Boleh Menyelamatkan Isteri dan Anak-Anak Anda Di Rumah - Wajib Baca!

Oleh Kaki Wayang on


1. Kurangkan "Selfie".
Zaman sekarang, zaman teknologi. Zaman henpon bapok besor. Zaman tablet. Tiap masa, tiap saat, tiap minit dan jam kat mana-manapun kita akan lihat manusia sentiasa "khusyuk" dan asyik dengan gadget. Tak kisah lah korang nak selfie guna tablet sebesar meja ke, henpon setebal batu-bata, pastikan jangan sesekali memuat naik atau "upload" ke dalam instagram, facebook atau kat twitter. Sebab kita tak tahu kawan-kawan atau orang asing yang dok selalu tengok gambar kita. Ternanti-nanti gambar selfie muncung itik korang. Manalah kita tahu kan. Ada "stalker" sampaikan tetiba terjatuh cinta kat korang. Jangan kata mustahil lah. Saya tak cantik, tak seksi, biasa-biasa je. Zaman sekarang manusia dah makin bijak dan kelihatan agak gila-gika sedikit. So kurangkan selfi dan muat naik gambar-gambar korang kat laman sosial.


2. Tak Yah "Check In" Kat Umah Sendiri.

Ni lagi satu cara penjenayah dapat kenalpasti mangsanya. Check In kat umah. Buat akak-akak, adik-adik dan isteri serta anak-anak, tolong JANGAN "check in" kat umah sendiri. 

"Check In" - Ateh kusi umah mak, sorang-sorang, rasa sunyi yo. Jalan Sang Kancil, 00007 Jalan Buaya Darat.
Rasa nak lempang kalau ada status macam ni. Manalah tau "stalker" korang baca status yang korang ni "alone" kat umah. Masa ni lah dia ada peluang nak "melawat" korang. Korang nak? 


3. Jangan "Update" Status Tinggal Sorang Kat Rumah.
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau satu dunia yang korang ni sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak kucing si gebu dan bulat ni je. Agak-agak ada yang nak teman tak?" Kau jangan yer jemah, buat status macam tu. Kang kejap lagi datang si "peneman" asing tu baru ko tau bumbung umah tu tinggi ko nak panjat nak lari. Kalau pun korang ni jenis yang tak pernah "check in"  di alamat sendiri, pun perlu juga elakkan bagitau kat sesape pun yang awak tu duduk sorang-sorang. Sebab apa? Ada je kawan di luar alam maya yang tau rumah awak kat mana dan mereka ini bukan semuanya baik.


4. Jangan Post No Plat Kereta
Ye tau lah kete awok tu BMW walaupun sewa kejap sebab nak amik gambar. Hehe. Tak lah. Be serius okeh. Tau lah kereta tu hasil titik peluh awok, nama pun nama awok tapi kalau rasa-rasa nak kongsikan juga kat FB ke atau mana-mana pastikan PLATE NUMBER tu tutup atau pape lah. Agak bahaya sekiranya info dan segala details dia boleh dapat dengan mudah. Agak-agak kalau info tu dapat ke orang jahat ape kau rasa? Tak yah rasa. Apa kau fikir?


5. Jangan Sibuk "Check In" Di Semua Tempat.
Sampai opis check in, kejap lagi p toilet pun check in. Selang setengah jam check in lagi kat kedai Mak Bedah Bedak Sejuk. Pastu dh siap makan check in lagi kat opis, sambil selfie kat sebelah kereta mahal. 

"Check In - Kat Parking Sebelah Kete Mamat Hensem".
Akhirnya, balik umah kemudian sampai je terus "check in" - Yayyyyy dah sampai Home Sweet Home di alamat Tanjung Rambutan, poskod bla, bla, bla. Pastu tambah lagi tapi mak tak de, mak keluar dengan abah. Kejap lagi, mamat hensem sebelah parking datang umah. Ko nak check in kat mana pula? Hospital?

Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.


6. Hadkan Apa Yang Perlu Dikongsi Difacebook.
Alhamdulillah rezeki Allah SWT., baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum junior dan senior, tak payahlah canangkan kat FB. Pastu jangan pula ringan pula mulut bagitau baru dapat ctr bonus RM400.00 (dari Nuffnang - bertuah kalau dapat) sebab trafik mencanak masuk. Hahahahaha. Tak yah cakap yang ko ni kaya sangat sampai duit pun tak tau nak buat ape. Jangan pula bagitau yang malas lah nak p bank simpan duit. Simpan kat umah jelah. RM20k je pun. Tak ke riak sangat macam tu. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan yer.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment