Edisi Terkini! Ikuti Koleksi Luahan Sayu Sahabat dan Rakan Artis Terhadap Arwah Pak Yus!

Oleh Kaki Wayang on

Nampaknya kisah kehilangan seorang seniman seperti arwah Pak Yus semakin meniti dibibir rakyat Malaysia. Semuanya menceritakan mengenai kebaikan yang ada pada arwah Pak Yus. Alhamdulillah semuanya yang baik. Semoga dengan kebaikan yang arwah berikan menjadi bekalan berguna di akhirat kelak. Hanya Allah SWT yang tahu segala-galanya.

Pemergian pelawak terkenal tanah air, Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, ke rahmatullah kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin lalu, benar-benar mengejutkan dunia seni tempatan.

Baru sahaja selesai mengadakan persembahan di Dataran Merdeka lewat Ahad lalu, Yus difahamkan mengalami sesak nafas ketika dalam perjalanan pulang dan dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, anak jati Perlis itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan dan dipercayai akibat serangan sakit jantung.
 
Seluruh rakan-rakan menyatakan betapa istimewa insan bergelar Pak Yus ini, kerana sering hadir dengan lawak dan jenaka, bagi menghiburkan manusia lain.

Meskipun dirinya sarat dengan penderitaan, hidup dalam kesusahan dan hampir terpinggir dan dilupakan, dalam waktu yang sama, dia masih boleh terus menghiburkan orang lain.

Demikianlah kehebatan seorang seniman yang bukan sahaja menjadikan lawak jenaka sebagai sumber pencarian, sebaliknya wadah menghiburkan hati mereka yang sedang kesedihan.

Jenazah allahyarham telah dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halaman, di Perlis selepas solat Asar pada Isnin lalu.

Ekoran perginya seorang lagi bintang yang bakatnya mula digilap menerusi program Sinaran Pasport Kegemilangan (2001) dan merupakan juara sulung Raja Lawak (2007), rata-rata selebriti tempatan menzahirkan rasa hiba mereka di laman sosial sebagai penghormatan terakhir buat Yus.

Ternyata, kehilangan Yus dirasakan begitu mendalam kerana kejujurannya selaku anak seni, menghiburkan sesiapa jua yang berada di sisinya dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan.

Ikuti koleksi luahan hati sahabat dan rakan-rakan artis terhadap arwah Pak Yus.



Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment