Edisi Tips! Hilang 18Kg Dengan Hanya Diet Air Kosong dan Pisang - Serius Berjaya!

Oleh Kaki Wayang on


Hilang 18Kg Dengan Hanya Diet Air Kosong dan Pisang. Badan kurus dan sihat menjadi idaman bagi semua orang. Tak kira lelaki mahupun wanita. Pelbagai cara dan tips telah dicuba. Namun kesan dan hasilnya agak mendukacitakan. Ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu dan ada juga yang sanggup ke gimnasium setiap hari untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik. Begitulah lumrah manusia apabila sudah mula dikategorikan sebagai gemuk atau berat badan naik atau berat badan berlebihan (tak sesuai dengan ketinggian).

Kadang-kadang ada yang gunakan produk ini, produk itu, cucuk tang sini, cucuk tang situ. Puh kanan, puh kiri. Akhirnya tak jadi apa. Namun begitu, ramai juga yang berjaya menurunkan berat badan mereka. Tapi tahukah anda, seorang lelaki di Jepun, Hitoshi Watanabe berumur 31 tahun akhirnya berjaya menurunkan 18kg berat badan selepas menerima dan mengikut tips yang diberikan oleh isterinya.

Apa yang Hitoshi Watanabe ini buat adalah dengan hanya mengamalkan minum air kosong dan makan pisang sahaja. Selepas berjaya dalam dietnya, beliau mula menulis dan menceritakan pengalamannya dan kini menjadi bualan dan viral di Jepun. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hanya memakan pisang dan minum air kosong untuk sarapan pagi. Pisang haruslah yang segar dan tidak terlalu matang (tidak terlalu masak). Untuk makan tengahari pula, boleh lah mengambil menu biasa anda. Biarlah menu anda itu seimbang dan berkhasiat. Untuk makan malam pula, pastikan makan sebelum atau pada pukul 6. Paling lewat pun pukul 7. Kalau tengah malam dah lapar semula. Makan buah-buahan atau yogurt sahaja. Jangan nak bedal nasi pula. Tak jadi lah diet macam tu.
 
Tapi kalau makan pisang dan air kosong setiap masa tak tau lah macam mana kan. Tak taulah perut dan badan boleh terima ke tak. Tapi diet Hitoshi Watanabe ni memang boleh diketengahkan ni. Hasilnya memang gempak dan serius aku pun nak buat dan amalkan juga. 18 kilogram tuuuuuu. 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment