Berikut merupakan beberapa siri gambar pergerakan
awan pelik yang mencetuskan rasa hairan di Malaysia pada ketika ini. Fenomena
awan pelik ini sebahagian besarnya berlaku di seluruh kawasan Pantai Barat
Sabah. Menurut saksi yang merakamkan imej tersebut, Awan pelik terbentuk pada
pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan.
Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh
kawasan Pantai Barat Sabah.
Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda Filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina berkemungkinan besar menjadi penyebab kepada berlakunya kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah.