Ibu
mana tak sayangkan anak..tapi ibu yang dipercayai mencampakkan anaknya yang
masih hidup dari atas bangunan yang mengakibatkan kematian anaknya itu tidak
sesuai dengan istilah itu..tak dapat difikirkan logik akal berkenaan dengan
tindakannya itu..
Setelah
diselidiki rupa-rupanya ibu muda berkenaan mengandung hasil dari pebuatannya
dengan seorang lelaki dari kilang tempatnya bekerja..mari kita ikuti kisah yang
begitu menyayat hati ini..
Seorang ibu muda yang dipercayai
tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari
di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini
bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,
Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan
oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi
semalam.
"Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini
(semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh," kata beliau.
Menurut beliau, laporan bedah
siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat
mengalami kecederaan serius di kepala.
"Bayi itu mengalami
kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum
terhempas ke bawah," kata beliau.
Arjunaidi memberitahu, suspek
yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara
sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya. Difahamkan bayi
yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di
sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak
menyedari gadis itu mengandung.
Polis setakat ini tidak menyiasat
atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang
dihadapi suspek wanita itu. Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung,
berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan
bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.
Wanita itu yang tidak ditemani
ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan
Universiti Malaya. Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui
mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.
Polis yang memeriksa mayat bayi
itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru
lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu. Ketika ditemui, bayi
yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.