PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label 8 tuntutan BERSIH. Show all posts
Showing posts with label 8 tuntutan BERSIH. Show all posts

Edisi Hangat! Samad Said dilantik pengerusi bersama BERSIH!

Oleh Kaki Wayang on



Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang muncul 'ikon politik' ketika perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, hari ini dilantik sebagai pengerusi bersama gabungan itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Razab pula dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasanya.

"Bersih 2.0 mahu mengambil peluang ini untuk mengumumkan dua ahli jawatankuasa pemandu yang baru, Datuk A. Samad Said dan Ahmad Shukri Abdul Razab," kata kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Samad yang mesra dikenali sebagai "Pak Samad" bukan orang asing dalam pergerakan Bersih 2.0, kata kenyataan itu.

Beliau muncul sebagai antara personaliti utama menggerakkan perhimpunan 9 Julai lalu, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.

Bersih 2.0 meletakkan lapan perkara dalam tuntutannya.

Perhimpunan 9 Julai tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa manakala Bersih 2.0 pula diharamkan.

Bagaimanapun laporan media menyebut sekitar 50,000 orang menyertai perhimpunan itu.

Susulan perhimpunan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya negara ini.

Sebelum ini Bersih 2.0 diketuai oleh Datuk S Ambiga.

Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 yang lain ialah Andrew Khoo, Arul Prakkash, K Arumugam, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Datuk Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Samad Said dilantik pengerusi bersama BERSIH!

Betol-betol Hangat! Jawapan SPR terhadap 8 Permohonan BERSIH!

Oleh Kaki Wayang on

Meh kita tengok apa yang SPR jawab berdasarkan 8 tuntutan BERSIH


Kredit gambar: SINAR HARIAN

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Jawapan SPR terhadap 8 Permohonan BERSIH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...