PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Adele suka restoran Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Adele suka restoran Malaysia. Show all posts
Home » Posts filed under Adele suka restoran Malaysia
Edisi Hangat! Penangan Lagu Baru Adele - Set Fire To The Rain!
Oleh Kaki Wayang on
Begitulah Penangan Lagu Baru Adele - "Set Fire To The Rain"..nampaknya SAHAM Adele semakin meningkat apatah lagi selepas memenangi 6 Anugerah Grammy yang diadakan baru-baru ini..Jom layan video muzik lagu terbaru Adele ni ..
Edisi Terkini! Adele gondol 6 kategori Anugerah Grammy!
Oleh Kaki Wayang on
Penyanyi British, Adele menyapu bersih enam trofi Anugerah Grammy edisi
ke-54. termasuk kategori Lagu Terbaik melalui Rolling in the Deep dan
Album Terbaik, 21.
Adele, 23, turut memenangi Rekod Terbaik, Album Pop Terbaik,
Persembahan Vokal Terbaik dan Video Muzik Pendek Terbaik pada malam
anugerah gilang-gemilang itu.
Beliau berjaya mengetepikan mengalahkan calon popular lain seperti Lady Gaga, Bruno Mars, Katy Perry dan Foo Fighters.
Pada acara itu, Adele turut mengadakan persembahan pertamanya menerusi lagu Rolling in the Deep selepas berehat selama beberapa bulan kerana menjalani pembedahan memperbaiki masalah tekak dan peti vokalnya pada November lalu.
Beliau berjaya mengetepikan mengalahkan calon popular lain seperti Lady Gaga, Bruno Mars, Katy Perry dan Foo Fighters.
Pada acara itu, Adele turut mengadakan persembahan pertamanya menerusi lagu Rolling in the Deep selepas berehat selama beberapa bulan kerana menjalani pembedahan memperbaiki masalah tekak dan peti vokalnya pada November lalu.
Laporan..
PENYANYI Adele merangkul enam trofi yang
dimenangi pada Anugerah Grammy ke-54 di Los Angeles, pagi ini. Adele
memenangi anugerah Persembahan Pop Solo Terbaik untuk lagu 'Someone Like
You', Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Muzik Video Terbaik untuk lagu
'Rolling in the Deep', Album Terbaik serta Vokal Terbaik di dalam album
'21'.
Edisi Hangat! Kemuncak populariti Adele!
Oleh Kaki Wayang on
DENGAN enam pencalonan yang diterima oleh penyanyi dan komposer
wanita popular, Adele pada Anugerah Grammy Ke-54 yang berlangsung di Los
Angeles, Amerika Syarikat (AS) hari ini, ramai yang mengandaikan
gelaran Ratu Grammy bakal menjadi miliknya.
Semuanya kerana kesan luar biasa bingkisan keduanya, 21 yang telah
menjadi album paling laris untuk tahun 2011 sekali gus meletakkan Adele
sebagai calon utama untuk menggondol anugerah muzik berprestij AS itu.
Pada edisi ke-54 itu, Adele yang menerima enam pencalonan dengan tiga
daripadanya bagi kategori utama iaitu Album, Rakaman dan Lagu Terbaik
yang sering kali menjadi petunjuk untuk seseorang artis itu menyerlah di
pentas Grammy.
Single pertama daripada album 21, Rolling In The Deep dicalonkan
untuk Rakaman dan Lagu Terbaik serta Video Muzik Terbaik sementara album
tersebut pula tersenarai dalam kelompok lima Album Terbaik. Bukan itu sahaja, 21 juga tercalon dalam kategori Album Pop Vokal
Terbaik selain Adele sendiri dicalonkan untuk Persembahan Solo Pop
Terbaik menerusi lagu yang menjadi kegemaran ramai, Someone Like You. Selain pencalonan serta populariti yang dikecapi Adele ketika ini,
memang tidak mustahil untuk penyanyi kelahiran West Norwood, England itu
menang besar pada majlis anugerah muzik gilang-gemilang itu. Seandainya Adele menang keenam-enam kategori yang dicalonkan, secara
automatik dia akan menyamai rekod yang pernah dicipta oleh Beyonce pada
tahun 2010 selaku pemenang paling banyak.
Jika bukan semua, sekurang-kurangnya lima trofi yang mungkin akan
dibawa pulang oleh Adele bakal memberinya merit untuk mencipta rekod dan
setanding dengan lima penyanyi wanita sebelum ini yang berjaya
memenangi lima trofi dalam satu malam iaitu Lauryn Hill (1999), Alicia
Keys (2002), Norah Jones (2003), Beyonce (2004), Amy Winehouse (2008)
dan Alison Krauss (2009).
Sebenarnya Adele sendiri bukan nama baru dalam sejarah penganjuran
Grammy apabila pernah memenangi dua trofi iaitu Artis Baru Terbaik dan
Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik bagi lagu Chasing Pavements pada
tahun 2009 bersandarkan album perdananya, 19.
Kejayaan Adele yang telah memberikan kesan luar biasa sepanjang tahun
lalu boleh diibaratkan sebagai kisah dongeng buat penyanyi berusia 23
tahun itu. Tidak keterlaluan dikatakan, sebelum ini walaupun sudah memenangi
Grammy, bakat dan lagu-lagunya tidak diterima dengan meluas seperti hari
ini. Malah Adele sendiri tidak pernah menyangka masyarakat dunia akan
menerima album 21 dengan baik dan positif. Apatah lagi untuk mendapat
pengiktirafan dalam acara muzik berprestij itu.
Tanggungjawab
“Semuanya bermula sebagai hobi dan kemudiannya ia bertukar menjadi
cinta. Nyanyian juga ibarat satu kebebasan buat saya untuk bercerita
kepada umum sambil berkongsi cerita dengan mereka.
“Bidang ini sudah menjadi satu tanggungjawab buat saya dan merupakan
sebahagian daripada hidup saya. Saya perlu menjaga kurniaan (bakat) yang
diberikan kepada saya ini kerana saya akan berada di sini untuk masa
yang lama,” jelas Adele atau nama sebenarnya, Adele Laurie Blue Adkins
mengenai kerjaya seninya.
Adele juga telah membuka lembaran baru dalam industri seni muzik
apabila 21 menjadi album paling laris di AS sepanjang tahun lalu dengan
penjualan hampir mencecah tujuh juta salinan. Malah di negara kelahirannya juga, album 21 berjaya mengatasi album
Back to Black milik Winehouse untuk menjadi album paling laris pada abad
ke-21.
Lebih hebat lagi album rakaman persembahannya, Live At The Royal
Albert Hall juga mencipta rekod apabila menduduki tangga pertama dengan
penjualan mencecah 100,000 salinan sebaik sahaja dipasarkan pada
November tahun lalu. Memang agak sukar untuk tidak menyukai karya ciptaan Adele. Setiap
lagu yang dihasilkan begitu jujur dan luhur yang lahir daripada hati,
juga pengalaman hidupnya sendiri. Jika tidak, mana mungkin untuk penyanyi hebat seperti Beyonce turut memuji Adele. Begitu juga dengan artis-artis lain seperti LeAnn Rimes, Britney
Spears, Lady Gaga, Christina Aguilera dan Kanye West yang semuanya
meminati Adele. Malah vokalis kumpulan Foo Fighters, Dave Grohl turut memuji bakat
luar biasa Adele yang disifatkannya sebagai penyanyi dan komposer
sebenar.
“Kami amat berbangga apabila dapat dicalonkan untuk Grammy tahun ini
bersama-sama Adele. Benar, orang ramai begitu kagum dengan penjualan
album Adele. “Tetapi bagi saya Adele lebih daripada itu. Album 21 lebih daripada
segala-galanya dan bukan sembarangan karya. Dia mempunyai vokal yang
indah dan cukup istimewa dan itulah yang dikatakan sebagai penyanyi
sejati.
“Menjual muzik sepatutnya seperti itu dan bukannya menjadi satu iklan
yang menjual vokal palsu yang telah diubah selain imej serta
personaliti seperti seorang supermodel,” kata Grohl tanpa selindung
kepada USA Today pada satu temu ramah tidak berapa lama dulu.
Edisi Sentap! Penyanyi Adele suka makan kat Restoran Malaysia!
Oleh Kaki Wayang on
Hmm, I thought. Bloody teenagers (Adele had not long turned 20). Got a hangover, more like.
I heard she later cancelled a string of live performances in the US at the final hour.She won’t last in the music business.
She doesn’t have what it takes: the drive, the work ethic, the single-minded ambition.
And then I do, finally, meet her, and I change my mind. The young women of the world don’t need another role model like Madonna: a hard-working harridan whose private life is in tatters. What they really need is someone deliciously self-centred, who puts personal freedom and happiness before success. Someone, in fact, just like Adele.
We meet in a house in South London, not far from Adele’s stamping ground of Brixton, where her favourite night out is a meal in a Malaysian restaurant.
SUMBER: DailyMail