Namun Stuart berkata: “Anda boleh bekerja rapat dengan aligator kerana tabiat semula jadi mereka yang ‘lembut’.
Parker melatih haiwan itu supaya bertoleransi dengan manusia di tempat pemeliharaannya untuk membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan dengan mudah.
“Ini bermakna kami tidak perlu mengeringkan keseluruhan kolam untuk membersihkannya dan mengalihkan aligator itu dari tempat kurungannya. Ia akan membuat haiwan itu stres,” kata Stuart.
Dan meskipun dia suka untuk bergusti dengan Nelson, Parker berkata, dia tidak pernah selesa untuk bergurau dengan buaya.
“Nelson si aligator hanya berat 120 kilogram berbanding buaya air masin kami terbesar kami seberat 295 kilogram. “Aligator tidak mempunyai kekuatan tekanan rahang seperti buaya. “Bagaimanapun, ada perbezaannya jika anda dibaham oleh kedua-dua jenis haiwan itu,” kata Parker.
Cinta aktivis hidupan liar itu terhadap aligator bermula ketika dia berusia enam tahun dan digigit oleh seekor daripadanya. Dia bernasib baik kerana kot dan pakaiannya yang tebal menyelamatkannya daripada mengalami kecederaan teruk. Sejak itu, dia tertarik dengan reptilia berkenaan. Peminat reptilia itu kini menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Australia yang diasaskan oleh datuk dan neneknya.