PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Anne Ngasri. Show all posts
Showing posts with label Anne Ngasri. Show all posts

Edisi Hangat! SAH! Aliff Aziz Pilih Anne Ngasri…Tolak Zarina Anjoulie!

Oleh Kaki Wayang on





Kontroversi serta pergaduhan antara penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie yang terpapar di laman sosial, Twitter masih belum reda apabila masing-masing bertindak untuk tidak mengulas lanjut. Kontroversi itu tercetus apabila Zarina Anjoulie mendakwa Aliff Aziz telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya pada minggu lalu.

Selain itu, Zarina Anjoilie turut menghantar entri melalui Twitter Aliff Aziz dengan seakan-akan mengugut bahawa dia ada menyimpan video yang dikatakan mempamerkan kelakuan Aliif yang sedang mabuk. Lebih hangat lagi, dalam entri yang dihantar oleh Zarina kepada Aliff itu juga, ada menyebut nama pelakon Anne Ngasri yang dikatakan ada bersama Aliff.

Namun pelatun lagu Kalau Cinta itu ketika dihubungi oleh portal murai.com.my tidak dapat menjelaskan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku intim berkawan dengan Anne.

“Saya tidak dapat memberi apa-apa penjelasan atau komen mengenai apa yang dinyatakan oleh Zarina dalam laman sosial tersebut.

“Bukan sebab takut atau hendak lari dari masalah, tetapi saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama sekali syarikat rakaman saya iaitu Sony Music Sdn Bhd.

“Cuma saya akui, memang apa yang terjadi telah menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi. Namun saya akan tampil untuk memberi penjelasan bila tiba masanya.

“Mengenai Anne pula, saya akui kini memang sedang berkawan rapat dengannya sejak kami sama-sama dipertemukan dalam drama Antara Kita yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi,” katanya kepada murai.com.my




Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan janda anak dua itu, Aliff memberitahu Anne adalah satu-satunya teman yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya sejak dia membuat keputusan menetap di Malaysia beberapa bulan lalu.

“Saya memang rapat dan serasi bila bersama Anne. Disebabkan itu saya selesa bila bersamanya dan saya akui memang selalu berhubung serta keluar menghabiskan masa bersama.

“Bagi saya, dialah satu-satunya teman yang mengambil berat mengenai saya selepas syarikat rakaman saya. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang baik.

“Dia juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang selok belok indusri terutama dalam bidang lakonan yang saya baru ceburi,” luahnya lagi.

Bercakap mengenai masa depan hubungannya dengan Anne, Aliff akui akan menerima Anne jika telah ditetapkan Tuhan, dia adalah jodoh buatnya.

“Ibu bapa saya sangat gembira apabila melihat perubahan positif saya selepas berkawan dengan Anne. Mereka juga turut merestui hubungan kami.

“Mengenai jodoh, saya hanya berdoa kepada Tuhan supaya dipertemukan dengan pasangan yang baik. Jika Anne jodoh saya, Alhamdulillah,” tambahnya.

Aliff kini sedang dalam proses menyiapkan lebihan untuk album terbarunya yang bakal berada di pasaran pada 14 Mac depan. (Murai.com.my)
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! SAH! Aliff Aziz Pilih Anne Ngasri…Tolak Zarina Anjoulie!

Edisi Panas! Zarina Anjoulie Dakwa Memiliki Video Aliff Aziz Ketika Mabuk, Bergaduh Kerana Anne Ngasri?

Oleh Kaki Wayang on

 

Ini ada sesuatu yang baru untuk anda yang kami terlepas pandang dan juga gossip terbaru berkaitan Aliff Aziz dan Anne Ngasri.

Beberapa jam sebelum kenyataan Zarina Anjoulie yang menjadi satu perhatian ramai di’tulis, kami dan ramai orang terlepas pandang akan sesuatu yang penting.


Menurut tulisan Zarina Anjoulie di Twitter, beliau memulakan ayat dengan berkata bahawa yang telefon bimbit beliau sudah hilang semua nombor telefon.

Dan, kemudian seakan menyindir Aliff Aziz dengan bertanya secara sinis sama ada jejaka itu bersama Anne Ngasri atau tidak — seterunya menyambung dengan berkata beliau ada menyimpan video Aliff Aziz ketika mabuk. Haa.


Menurut sumber kami yang boleh di’percayai, Aliff Aziz kini sudah sah bercinta dengan Anne Ngasri tetapi masih tidak lekang sikap mahu mencuba teman wanita baru dan sikap beliau itu nampaknya memakan diri.

BONUS: Ada sumber lain memberitahu yang mereka terserempak dengan Aliff Aziz & Anne Ngasri berpimpinan tangan di Genting Highland, Pahang pada Isnin yang lalu. Tetapi, mereka tidak berduaan.
 
Rotikaya
Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Zarina Anjoulie Dakwa Memiliki Video Aliff Aziz Ketika Mabuk, Bergaduh Kerana Anne Ngasri?

Edisi Artis! Alif Aziz dan Anne Ngasri bercinta?

Oleh Kaki Wayang on

BARU-BARU ini penyanyi Alif Aziz memuatkan gambarnya bersama pelakon Anne Ngasri dalam laman sosial facebook dengan kata-kata: ‘Me with Ann Ngasri ;) she‘s sweet huh? :).’

Kira-kira 2,858 peminat di laman sosial tersebut suka melihat mereka malah tidak kurang yang memberi komen positif.

Namun penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang tidak memberi sebarang maklum balas dan lebih senang membiarkan para peminat berteka-teki akan status hubungannya dengan Anne.

Bagaimanapun sewaktu Hits diundang oleh Penerbit Eksekutif NS Star Sdn. Bhd., Nasreen Ngasri atau Darling untuk liputan penggambaran sitkom Antara Kita di Taman Mastiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini, kemesraan antara mereka dapat dilihat.

Kedua-duanya kelihatan serasi dan tidak kekok bersama biarpun penggambaran sitkom arahan Kas Roshan itu baru bermula 6 Januari lalu.

Malah berdasarkan pandangan kasar, kemesraan antara mereka bukan sekadar teman artis tapi lebih daripada itu.

“Adakah percintaan antara Nurul dan Airil berterusan hingga ke luar lokasi,” tanya Hits pada Anne yang memegang watak Nurul cuba mencungkil rahsia.

Anne, 27, yang ketika itu sedang berehat, malu-malu untuk menjawab. Sebaliknya meminta soalan itu diajukan kepada Airil yang dilakonkan oleh Alif.

Alif, 21, yang kebetulan terdengar soalan Hits itu terus keluar dan dengan gaya lelaki budiman berkata: “Saya selesa bekerjasama dengan Anne. Setakat ini dia adalah kawan artis yang paling rapat dengan saya.

“Sebelum ini saya tidak berpeluang rapat dengan rakan artis lain kerana sering berulang-alik antara Singapura dan Kuala Lumpur. Lainlah dengan Aliff Satar yang saya sudah anggap seperti keluarga.

“Selepas tamat Perkhidmatan Negara, saya mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia bagi meneruskan kerjaya seni.”

Biarpun jawapan yang diberi klise namun apa yang tersirat dalam hati tiada siapa pun yang tahu kerana watak Airil dan Nurul merupakan pasangan kekasih.

Alif nak jadi Romeo

Kata Alif, pada mulanya dia merasa kekok ketika di set penggambaran, namun atas tunjuk ajar pengarah dan rakan artis, dia dapat menyesuaikan diri dengan mudah.

“Ini merupakan pengalaman baru bagi saya kerana selama ini saya hanya menyanyi sahaja. Saya terima tawaran berlakon kerana watak Airil yang lurus bendul itu ada sedikit persamaan dengan diri saya.

“Sekarang ini saya ingin mencuba apa sahaja cabang seni bagi menguji kebolehan diri.

“Saya tidak kisah belajar daripada bawah kerana setiap bidang seni yang saya ceburi itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan saya sebagai artis,” katanya terus terang.

Menurut Alif, Antara Kita bukan sekadar menguji kebolehannya berlakon malah sitkom 13 episod itu turut memberi peluang kepada para pelakon menyanyi.

Katanya, ada beberapa lagu yang memerlukan dia berduet dengan Anne kerana ia merupakan sebahagian daripada jalan cerita.

“Untuk menjiwai watak Airil saya merujuk kepada watak Joey Tribbiani lakonan Matt LeBlanc dalam sitkom Friends. Apa pun saya bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada pelakon lain.

"Selepas ini jika ada tawaran berlakon, saya inginkan watak lelaki romeo persis lakonan Farid Kamil dalam filem Lagenda Budak Setan,” katanya.

Biarpun sudah memulakan langkah sebagai pelakon, namun dia tetap mengutamakan kerjaya sebagai penyanyi dan sekarang sedang membuat persiapan untuk menghasilkan album ketiga.

Untuk album ketiga yang dijangka berada di pasaran Mac ini, Alif masih mengekalkan khidmat komposer Panji Sakti yang menghasilkan lagu Kalau Cinta, duetnya bersama Joanna serta lagu ciptaan Zimie Sofarz.

Sila baca selanjutnyaEdisi Artis! Alif Aziz dan Anne Ngasri bercinta?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...