PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Atlet Berbasikal. Show all posts
Showing posts with label Atlet Berbasikal. Show all posts
Home » Posts filed under Atlet Berbasikal
Edisi Sukan Hangat! Atlet Berbasikal Cipta Sejarah Untuk Negara!
Oleh Kaki Wayang on
Fatehah Mustapa meraikan kejayaan menjuarai keirin
wanita pada Kejohanan Berbasikal Asia di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras,
semalam.
Malaysia bukan saja cemerlang menutup hari
terakhir acara trek Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dengan menokok dua
pingat emas, malah Fatehah Mustapa melakar sejarah sukan tanah air
apabila muncul pelumba wanita pertama negara memenangi emas kejohanan
itu.
Penantian Fatehah untuk bergelar juara Asia sejak 2008 akhirnya
tercapai semalam selepas berjaya menjuarai acara keirin di Velodrom
Kuala Lumpur, Cheras. Fatehah membuktikan dia kini pelumba yang perlu diberi perhatian oleh
pencabar serantau menjelang Sukan Olimpik 2012 London dengan kejayaan
menjadi pelumba wanita Malaysia pertama meraih emas ACC sejak kejohanan
diperkenalkan pada 1963.
Pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu, mengenepikan pelumba sensasi
Hong Kong, Lee Wai Sze yang menjadi pilihan utama untuk memenangi emas,
namun sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa, manakala perak milik
pelumba China, Xu Yulei.
"Saya hanya ikut belakang dia (Wai Sze), menunggu dengan penuh sabar
apabila tiba di selekoh terakhir dan apabila masanya tiba, saya mengerah
segala kudrat yang ada untuk sampai di garisan penamat terlebih
dahulu," kata Fatehah selepas tamat saingan. Jelasnya, Wai Sze terpaksa bekerja sendirian untuk menghalang pelumba
China dan ini membolehkannya menyimpan tenaga dengan hanya perlu
bertindak selepas tiba masa yang sesuai.
Kemenangan ini turut menebus kekecewaan sekadar meraih perak dalam acara pecut dan gangsa ujian masa 500 meter sebelum ini.
"Saya puas hati sangat, pada masa yang sama tidak menyangka dapat
meraih pingat emas, pingat ini saya hadiahkan kepada John (Beasley) dia
banyak tolong saya selama ini. Jatuh bangun pelumba adalah di tangan
jurulatih, apa yang dibuat semuanya adalah untuk saya.
"Pingat emas pertama ACC ini adalah rezeki yang bermakna buat saya,
kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Menjelang Siri
Piala Dunia Klasik di London saya tidak boleh terlalu yakin, ramai
pelumba lain yang hebat akan turun beraksi," katanya yang akan berangkat
ke London hari ini. Fatehah pernah meraih perak dalam acara keirin di ACC Nara, Jepun tiga tahun, diikuti di Kalimantan setahun kemudian.
Selepas mengambil bahagian dalam Siri Piala Dunia Klasik London,
Fatehah akan terus mencari mata Olimpik pada Kejohanan Trek Dunia di
Melbourne pada April depan dan melihat pada ranking keirin wanita terini, dia adalah pelumba kedua terbaik dunia di belakang Guo Shuang dari China.Sementara itu, Josiah Ng melengkapkan kejuaraan berganda Malaysia
dalam acara keirin selepas muncul juara lelaki, mengalahkan Mohd.
Azizulhasni Awang.