PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Cara pakai tudung. Show all posts
Showing posts with label Cara pakai tudung. Show all posts
Home » Posts filed under Cara pakai tudung
Edisi Sentap! Gambar Wanita Bertudung Tapi Sebenarnya Bogel!
Oleh Kaki Wayang on
Makin hari makin teruk pula aku tengok segelintir wanita dan remaja perempuan apabila sudah beberapa kali senario seperti ini berlaku. Pakai tudung tapi sebenarnya berbogel..tidak menutup aurat seperti mana hukumnya wajib dipakai.
Edisi Sentap! Ala..Abang Ni, Nanti Sayang Dapat Hidayah Sayang Pakailah Tudung!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Ala..Abang Ni, Nanti Sayang Dapat Hidayah Sayang Pakailah Tudung!
Edisi Agama! Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung!
Oleh Kaki Wayang on
Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan
artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk
free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak
terpapar di internet.
Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit
secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara
fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia
bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat nmenjadi baik.
Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal
sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’
mereka terpampang dengan banyaknya dalam internet.
Bagi mereka yang mula sedar dan insaf, kita ucapkan tahniah dan terus
Istiqamah dengan bertudung. Cuma satu perkara yang mesti difahami oleh
semua ialah apabila seorang wanita Islam mula bertudung, maka ia
sebenarnya baharu kembali kepada fitrah dan bukanlah bermakna ia sudah
menjadi ‘malaikat’.
Menutup aurat sebenarnya mesti melihat pelbagai aspek-cara bertudung,
jenis pakaian, cara berinteraksi, perangai lama yang masih ada,
termasuk konsep tabarruj yang masih jauh dilaksanakan oleh ramai wanita
Islam. Sekali lagi ingin saya tegaskan, semua hukum ini tidak bermaksud
mengongkong wanita Islam tetapi ia adalah sebagai tanda iman, tanda
tunduk kepada perintah Allah, tanda menundukkan nafsu di bawah kehendak
Allah dan tanda wanita itu menjaga maruah dan harga dirinya.
Justeru, Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang
dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan
Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO
Islam Kedah (Wehdah) yang bermula sehari dua ini sangat-sangat dialukan.
Kempen bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat”
mesti disokong sepenuhnya oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta
masyarakat seluruhnya.
Harakahdaily melaporkan Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat akan
menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar
menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak
masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.
Sebagaimana laporan, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata,
walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas
dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang
difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti
yang ditekankan dalam Islam. Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat
tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu tertentu sahaja,
wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni
adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat. Tudung yang
kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa
yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian
sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.
Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era
komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda
memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam,
tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.
“Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai
agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan
mencapai kesan yang sepatutnya. Ia juga akan melibatkan agensi media,
kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional,
badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT,” katanya lagi.
Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti
menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah,
penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian
dalam Islam.
Menurutnya lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau
untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid
sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.
“Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada
kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan
perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat
sebagai kod berpakaian pekerja.
Para wanita Islam sepatutnya mengingati hadis Nabi SAW “Dua golongan
dari kalangan ahli neraka, aku tidak akan memandang mereka di hari
akhirat, iaitu lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul
manusia dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan sambil
menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol
unta”.
Edisi Paling Sentap! Walaupun Terpaksa.....!
Oleh Kaki Wayang on
WALAUPUN TERPAKSA.. Allahu Rabbi...
WALAUPUN TERPAKSA Bertudunglah...
WALAUPUN TERPAKSA Solatlah...
WALAUPUN TERPAKSA Puasalah...
Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya TERPAKSA ..
Dari TERPAKSA itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan
pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~
Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah,
sampai bila nak menunggu?? umur kita pun belum tentu panjang ..
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....
InsyaALLAH ~
HIDAYAH IBARAT MAKANAN.. JIKA KITA TIDAK BERUSAHA,
MASAKAN MAKANAN ITU MASUK KE MULUT KITA..
Edisi Gempak! Dato' Shahrizat Kini Pakai Tudung Penuh Tiada Lagi Jambul!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Informasi! 8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik!
Oleh Kaki Wayang on
8 Sebab Mengapa Perempuan Bertudung Lebih Baik
1) Tuntutan agama
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat
perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah
cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian
menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab,
“Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya
mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat
oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda
dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10
dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah
berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.
3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat
dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan
mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir
dengan cepat dan baik.
4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan
rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna
mahal atau pergi ke salun.
5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)
6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut.
Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri
mengandungi bahan kimia merosakkan.
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah
epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana
kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi
panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu
dikagumi.
Edisi Panas! Blog Gadis Bertudung Bogel!
Oleh Kaki Wayang on
Wah makin hangat nampaknya isu-isu yang dikeluarkan..semuanya disebabkan oleh para pengunjung dan pembaca yang begitu dahagakan artikel-artikel berasaskan kontroversi dan panas..kali ini isu hangat yang dicari mereka adalah mengenai Blog Gadis Bertudung Bogel..entah apa yang di fikirkan pembaca itu sampai nak sangat cari maklumat berkenaan gadis bertudung bogel..pas tu tetiba sangkut pula kat blog ni..ni dah tentu pembaca dari kaum lelaki kan..
Korang ni memang hebatlah..bab bogel-bogel bagai memang no. 1..bab agama pun no. 1 tapi dari belakang..apapun dalam blog ini terdapat pelbagai artikel agama, kontroversi, panas, hangat, lawak, informasi dan macam-macam lagi..tapi tak de lah artikel mengenai gadis bertudung bogel..cuma ada satu artikel mengenai dan seumpamanya..LIHAT SINI..
Edisi Sentap! Cara Mudah Pakai Tudung Trend Terkini!
Oleh Kaki Wayang on
Aku harus menggiakan dan berterus terang yang aku sangat sukakan entri ini..entri pilihan pada kali ini adalah entri Kak Senduk..jom baca yer..ini merupakan Entri Pilihan Blog Betol-betol Hangat kali ini!
Cara pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung apa...pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik...siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....
Tudung ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya...ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap...pantas....
Ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat...so makcik2...paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...
Ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...kadang tu sampai tutup kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya....ni yang menekankan penutupan aurat ni...
Tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya...ikat belakang...jalannnn...lalalala
Bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...
Bila wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda katanya...nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek sangat aku....
Then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah cepat....macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam jep sepah dah akak)
Di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...variasi katanya...yer kerr...
Ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....jambul...ko mampu?
Pernah nampak orang pakai tudung cam ni?...ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia...meniaga katanya ..panas...bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...
so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...akak namakan tudung senduk...
Langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase...tudung bawal lagi bagus...
Langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru...
Langkah 3: amik tudung lain corak2...bendera juga boleh yer...
Langkah 4: amik tudung warna tadi...letakkan di bawah dagu....ala2 nak gantung diri gitew
Langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat...pastikan nak bukak mulut pun susah yer....
Langkah 6: ikat reben..pastikan kemas...
Tadaaaaaa...siap.......chantek kan...
Nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya...dah siap tudung senduk....gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua...melawat saudara di hospital tampoi...
Kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas....untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung...
Gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian...
Sekian terima kasih
Selamat mencuba...
Kredit: Meriahuoll