PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Cekup isteri berkhalwat. Show all posts
Showing posts with label Cekup isteri berkhalwat. Show all posts
Home » Posts filed under Cekup isteri berkhalwat
Edisi Sentap! 10 Sebab Cuci Motor lebih baik dari Berkhalwat!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! 10 Sebab Cuci Motor lebih baik dari Berkhalwat!
Edisi Sengal! Demi Cinta, Pelajar Perempuan Tingkatan Lima Dicekup Khalwat Bersama Teman Lelakinya!
Oleh Kaki Wayang on
Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.
Edisi Sentap! Kami janji kami tak kan berdua-duaan dalam gelap lagi!
Oleh Kaki Wayang on
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Kami janji kami tak kan berdua-duaan dalam gelap lagi!
Edisi Sentap! 6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat!
Oleh Kaki Wayang on
Menjelang sambutan Hari Kekasih atau
Valentine Days malam tadi, seramai enam pasangan muda ditahan di
bilik-bilik hotel bajet di sekitar daerah ini dalam operasi bersepadu
oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Operasi bermula pukul 1 pagi itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya
dan polis.
Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan bagi
melakukan pemeriksaan ialah sekitar Kota Damansara dan Seri
Damansara.
“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita telah menahan
enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana
berdua-duaan di dalam bilik.
“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan kerjasama yang baik
walaupun terdapat segelintir yang hanya membuka pintu selepas
dipanggil beberapa kali,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke
ibu pejabat JAIS untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen
Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat. Katanya, pasangan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu tindakan selanjutnya.
Kredit: MyNewsHub
Edisi Sentap! Terowong jadi tempat memadu kasih!
Oleh Kaki Wayang on
Biarpun terowong pejalan kaki di bawah Lebuh AMJ
(Alor Gajah-Melaka-Jasin) dibina bagi menghubungkan Kampung Bukit Palah dan
Masjid Al-Azim, di sini, namun kebanyakan pejalan kaki lebih rela
mempertaruhkan nyawa melintasi lebuh raya enam lorong berkenaan.
Terowong yang dibina sejak lebih 10 tahun itu
jarang digunakan dan penduduk khuatir dengan tahap keselamatan di dalam
terowong sepanjang 50 meter itu berikutan kurang kemudahan asas.
Malah, ada yang mendakwa terowong itu dijadikan
tempat pasangan memadu kasih khususnya pada waktu malam termasuk pelajar. Penduduk,
Nordin Omar, 61, berkata keadaan terowong yang gelap berikutan lampu yang
disediakan rosak selain persekitaran sunyi membolehkan terowong itu menjadi
tumpuan pasangan muda melakukan perbuatan sumbang.
“Kami pernah menangkap beberapa pasangan. Dulu
kawasan ini sunyi dan mereka suka memadu kasih di situ, malah pejalan kaki
pernah menemui tilam atau tikar di dalam terowong itu, selain ia menjadi
kawasan lepak Mat Gian.
“Pada waktu petang pula, terowong ini menjadi
pilihan pasangan pelajar untuk berasmara. Namun kini, gerai berdekatan mula
beroperasi dan ia dapat mengurangkan aktiviti tidak sihat di dalam terowong
berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Menurut Nordin, keadaan itu juga menyebabkan
jemaah yang hendak ke masjid di situ untuk menunaikan solat Subuh takut
menggunakan terowong berkenaan.
Katanya, cadangan untuk membina pagar supaya laluan itu boleh ditutup pada waktu malam diaju kepada pihak bertanggungjawab, tetapi ia tidak dapat dilaksana kerana tiada individu yang sanggup memegang kunci pagar bagi menjaga laluan berkenaan.
Seorang lagi penduduk, Noorazman Ali, 40, berkata
selain menjadi lokasi pasangan bercinta, terowong berkenaan juga kerap dinaiki
air setiap kali hujan lebat. Katanya, keadaan itu berpunca daripada sistem perparitan yang menghubungkan
longkang di terowong itu dengan longkang berhampiran tidak diselenggara dengan
baik.
“Setiap kali hujan lebat terowong ini dinaiki air
kerana longkang sedia ada tidak dapat mengalirkan air keluar. “Keadaan ini
menyukarkan pengguna untuk melalui terowong berkenaan, malah keadaan sistem
perparitan yang tidak diselenggara dikhuatiri mengundang serangan haiwan
berbisa,” katanya.
Menurut Noorazman, keadaan terowong berkenaan
bertambah bahaya apabila lampu yang disediakan rosak sehingga laluan itu gelap.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Abdul Razif
Ibrahim, berkata pihaknya akan mengarahkan kakitangan jabatan itu untuk turun
padang meninjau masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan segera.
“Bagaimanapun, cadangan memasang pagar tidak dapat dilaksanakan kerana ia laluan awam dan kami tidak boleh menutupnya,” katanya
Edisi Sentap! Khalwat: Sembunyi atas loteng elak ditangkap!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang lelaki yang bersembunyi atas loteng ditahan pihak berkuasa bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Pandan Indah, awal pagi semalam.
Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selepas menerima maklumat orang awam.
Ketika ditahan, lelaki berusia 20-an itu berpakaian lengkap, bersama pasangannya berusia 22 tahun, yang hanya memakai baju tidur, kira-kira jam 4 pagi.
Pegawai masjid berkenaan, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis itu bekerja sebagai pegawai pemasaran insurans. Pasangannya baru bekerja di syarikat yang sama.
“Gadis itu mendakwa dia seorang sahaja di bilik itu, tetapi kami mengesan lelaki berkenaan menyorok di loteng. Mereka antara dua pasangan lain yang ditahan selepas disyaki berkhalwat di hotel berkenaan,” katanya.