PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label bapa dan anak berkhalwat. Show all posts
Showing posts with label bapa dan anak berkhalwat. Show all posts

Edisi Sengal! Demi Cinta, Pelajar Perempuan Tingkatan Lima Dicekup Khalwat Bersama Teman Lelakinya!

Oleh Kaki Wayang on


Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Demi Cinta, Pelajar Perempuan Tingkatan Lima Dicekup Khalwat Bersama Teman Lelakinya!

Edisi Sentap! Kami janji kami tak kan berdua-duaan dalam gelap lagi!

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kami janji kami tak kan berdua-duaan dalam gelap lagi!

Edisi Sentap! 6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat!

Oleh Kaki Wayang on

6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat 

Menjelang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Days malam tadi, seramai  enam pasangan muda ditahan di bilik-bilik hotel  bajet di sekitar daerah ini dalam operasi  bersepadu oleh Jabatan Agama Islam Selangor  (JAIS).

Operasi bermula pukul 1 pagi itu turut  melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan  (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya  Petaling Jaya dan polis.

Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang  menjadi tumpuan bagi melakukan pemeriksaan   ialah sekitar Kota Damansara dan Seri  Damansara.

“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita  telah menahan enam pasangan berusia  lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana  berdua-duaan di dalam bilik.

“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan  kerjasama yang baik walaupun terdapat segelintir  yang hanya membuka pintu selepas dipanggil  beberapa kali,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pasangan yang ditahan  kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat JAIS untuk  disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen  Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana  berkhalwat. Katanya, pasangan tersebut kemudian  dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu  tindakan selanjutnya. 
 
Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! 6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat!

Edisi Sentap! Terowong jadi tempat memadu kasih!

Oleh Kaki Wayang on


Biarpun terowong pejalan kaki di bawah Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) dibina bagi menghubungkan Kampung Bukit Palah dan Masjid Al-Azim, di sini, namun kebanyakan pejalan kaki lebih rela mempertaruhkan nyawa melintasi lebuh raya enam lorong berkenaan.

Terowong yang dibina sejak lebih 10 tahun itu jarang digunakan dan penduduk khuatir dengan tahap keselamatan di dalam terowong sepanjang 50 meter itu berikutan kurang kemudahan asas.

Malah, ada yang mendakwa terowong itu dijadikan tempat pasangan memadu kasih khususnya pada waktu malam termasuk pelajar. Penduduk, Nordin Omar, 61, berkata keadaan terowong yang gelap berikutan lampu yang disediakan rosak selain persekitaran sunyi membolehkan terowong itu menjadi tumpuan pasangan muda melakukan perbuatan sumbang.

“Kami pernah menangkap beberapa pasangan. Dulu kawasan ini sunyi dan mereka suka memadu kasih di situ, malah pejalan kaki pernah menemui tilam atau tikar di dalam terowong itu, selain ia menjadi kawasan lepak Mat Gian.

“Pada waktu petang pula, terowong ini menjadi pilihan pasangan pelajar untuk berasmara. Namun kini, gerai berdekatan mula beroperasi dan ia dapat mengurangkan aktiviti tidak sihat di dalam terowong berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut Nordin, keadaan itu juga menyebabkan jemaah yang hendak ke masjid di situ untuk menunaikan solat Subuh takut menggunakan terowong berkenaan.

Katanya, cadangan untuk membina pagar supaya laluan itu boleh ditutup pada waktu malam diaju kepada pihak bertanggungjawab, tetapi ia tidak dapat dilaksana kerana tiada individu yang sanggup memegang kunci pagar bagi menjaga laluan berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Noorazman Ali, 40, berkata selain menjadi lokasi pasangan bercinta, terowong berkenaan juga kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat.  Katanya, keadaan itu berpunca daripada sistem perparitan yang menghubungkan longkang di terowong itu dengan longkang berhampiran tidak diselenggara dengan baik.

“Setiap kali hujan lebat terowong ini dinaiki air kerana longkang sedia ada tidak dapat mengalirkan air keluar. “Keadaan ini menyukarkan pengguna untuk melalui terowong berkenaan, malah keadaan sistem perparitan yang tidak diselenggara dikhuatiri mengundang serangan haiwan berbisa,” katanya.

Menurut Noorazman, keadaan terowong berkenaan bertambah bahaya apabila lampu yang disediakan rosak sehingga laluan itu gelap. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Abdul Razif Ibrahim, berkata pihaknya akan mengarahkan kakitangan jabatan itu untuk turun padang meninjau masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan segera.

“Bagaimanapun, cadangan memasang pagar tidak dapat dilaksanakan kerana ia laluan awam dan kami tidak boleh menutupnya,” katanya

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Terowong jadi tempat memadu kasih!

Edisi Sentap! 3 Remaja, Ibu Tunggal KANTOI Projek Berahi di Taman Permainan!

Oleh Kaki Wayang on


Tiga remaja lelaki berusia 16, 17 dan 19 ditahan orang awam ketika sedang melakukan perbuatan sumbang bersama seorang ibu tunggal berusia 22 di tahun di padang permainan di Taman Desa Impiana, kira-kira jam 3.15 pagi semalam.

Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, dia ternampak suspek terlibat menunggang tiga motosikal berasingan dan mengekori mereka dari Taman Alma Jaya sehingga ke Taman Selasih.

“Perlakuan mereka mencurigakan apabila berlegar di sekitar kawasan perumahan. Mereka kemudiannya melarikan diri apabila ternampak Unit Peronda MPV Polis yang sedang membuat rondaan.

“Kira-kira jam 2 pagi, mereka berhenti di kedai makan. Apabila selesai makan, mereka berlegar sekali lagi di kawasan Taman Selasih sebelum berhenti di padang permainan di Taman Desa Impiana.

Menurutnya, dia kemudiannya membuat pemantauan dari jauh dan mendapati dua remaja lelaki bersama seorang remaja perempuan masuk dalam lubang papan luncur di taman permainan itu manakala seorang lagi berada di luar.
 
“Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut, ” katanya.

Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati mereka tinggal di sekitar kawasan Kulim dan Permatang Pauh. Polis turut menemui senjata buku lima buatan sendiri dalam beg galas yang dibawa salah seorang remaja yang ditahan.
 
Selain itu, terdapat kesan lebam di leher sebelah kanan ibu tunggal berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK).

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, semua remaja lelaki terlibat tidak bersekolah manakala ibu tunggal yang ditahan bekerja di kantin kilang di Perai.

“PADK sudah mengambil keterangan semua suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, setiap suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! 3 Remaja, Ibu Tunggal KANTOI Projek Berahi di Taman Permainan!

Edisi Sentap! Khalwat: Sembunyi atas loteng elak ditangkap!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang lelaki yang bersembunyi atas loteng ditahan pihak berkuasa bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Pandan Indah, awal pagi semalam.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selepas menerima maklumat orang awam.

Ketika ditahan, lelaki berusia 20-an itu berpa­kaian lengkap, bersama pasa­ngannya berusia 22 tahun, yang hanya memakai baju tidur, kira-kira jam 4 pagi.

Pegawai masjid berkenaan, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis itu bekerja sebagai pegawai pemasaran insurans. Pasangannya baru bekerja di syarikat yang sama.

“Gadis itu mendakwa dia seorang sahaja di bilik itu, tetapi kami mengesan lelaki berkenaan menyorok di loteng. Mereka antara dua pasangan lain yang ditahan selepas disyaki berkhalwat di hotel berkenaan,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Khalwat: Sembunyi atas loteng elak ditangkap!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...