PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Gambar Farah Asyikin bertudung. Show all posts
Showing posts with label Gambar Farah Asyikin bertudung. Show all posts

Edisi Hangat! Penyanyi Farah Asyikin Jadi Guru Sepenuh Masa dan Gambar Beliau Bertudung!

Oleh Kaki Wayang on



Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 32, kini bergelar guru secara sepenuh masa di sekolah antarabangsa Cempaka Damansara di sini, sejak 19 Mac lalu. Farah berkata dia mengajar subjek pentas dan drama untuk pelajar sekolah rendah. Beliau memberitahu, selepas berhijrah dengan memakai tudung beberapa bulan lalu, dia amat gembira kerana dapat melakukan sesuatu pekerjaan baru dalam mendidik kanak-kanak.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Penyanyi Farah Asyikin Jadi Guru Sepenuh Masa dan Gambar Beliau Bertudung!

Edisi Hangat! Gambar dan Kisah Farah Asyikin Selepas Bertudung!

Oleh Kaki Wayang on

 

Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi, Farah Asyikin Zulikfli atau Farah Asyikin, 33, untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya. Meskipun akui agak terlambat, Farah Asyikin kini bersyukur dan tenang kerana dapat menjalani kehidupan seperti yang dituntut agama.

“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesame kita.

“Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.

“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan,” luahnya ketika dihubungi murai.com.my

Farah Asyikin akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal 12 Februari lalu. Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.

“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.

“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.

“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat.

“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,” jelasnya lagi.

Tidak mahu dianggap sekadar mencari publisiti, Farah berharap agar peminat serta orang ramai mendoakan yang lebih baik untuk dirinya supaya dekat dengan Allah.

“Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Meskipun sudah berhijrah, Farah tetap akan berada dalam bidang seni muzik dan bakal keluar dengan single terbaru penghujung Februari ini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar dan Kisah Farah Asyikin Selepas Bertudung!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...