Selepas kecewa dua kali gagal menundukkan seteru jiran,
Malaysia dalam dua final berturut-turut - Piala AFF Suzuki 2010 dan
Sukan SEA 2011 - Indonesia yang dibarisi pemain terbaiknya cuba mencari
penawar dengan menentang kelab popular Amerika Syarikat, LA Galaxy
kelmarin yang berkesudahan tuan rumah tewas 1-0.
Perlawanan berkenaan gagal menarik penyokong setianya apabila
hanya 30,000 tempat duduk Stadium Gelora Bung Karno dipenuhi penonton
berbanding lebih 100,000 ketika kedua-dua perlawanan menentang Malaysia
pada temasya Sukan SEA lalu.
Bagaimanapun komen bekas pemain kebangsaan England, David Beckham
yang sudah meniti penghujung kariernya, berkenaan pasukan kebangsaan
Indonesia mungkin dapat mengubat sedikit kekecewaan seluruh rakyatnya.
“Mereka pantas dan tahu untuk bermain bola sepak,” kata Beckham yang
meminta untuk bertukar jersi dengan penyerang muda Indonesia, Andik
Vermansyah selepas rasa bersalah kerana menjatuhkannya di awal
permainan.
Robbie Keane (atas) meledak gol pada minit ke-14 untuk kemenangan
Galaxy pada perlawanan pertama dalam siri Jelajah Asia. Selepas ini
Galaxy akan bertemu Filipina di Manila esok, diikuti kelab Australia,
Melbourne Victory tiga hari kemudian.
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Indonesia gagal ubati duka diaib Malaysia