PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Liverpool tewaskan Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Liverpool tewaskan Chelsea. Show all posts
Home » Posts filed under Liverpool tewaskan Chelsea
Betol-betol Hangat! Liverpool tambah derita Chelsea!
Oleh Kaki Wayang on
Liverpool menambah tekanan pengurus Chelsea,
Andre Villas-Boas selepas menyingkirkan pasukanya pada suku akhir Piala
Liga menerusi kemenangan 2-0 di Stamford Bridge, semalam.
Villas-Boas sudahpun berada di bawah pemerhatian sejak beberapa
minggu ini ekoran prestasi hambar pasukannya, termasuk kalah dalam tiga
daripada empat perlawanan Liga Perdana, pada ketika Liverpool pula
mencatat kemenangan kedua di Chelsea dalam tempoh sembilan hari.
"Liverpool terlalu hebat sepanjang permainan. Mereka mempunyai
keinginan yang tinggi untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan dan
kami gagal menanganinya.
"Kami kena kritikal terhadap diri sendiri dan kena menerima keputusan ini,'' akui Villas-Boas.
Dalam satu lagi perlawanan melibat dua gergasi Liga Perdana,
Manchester City melangkah ke separuh akhir selepas menang tipis 1-0 ke
atas Arsenal, berterima kasih kepada jaringan tunggal Sergio Aguero pada
lewat minit.
"Ia adalah kemenangan yang sukar kerana Arsenal bermain dengan sangat
bagus. Kami mencipta jaringan yang hebat dan ia adalah gol sempurna
hasil serangan balas.
"Adalah penting untuk kami menang dan kami mahu cuba melayakkan diri ke final,'' kata pengurus City, Roberto Mancini.
Di Stamford Bridge, Liverpool dihadiahkan penalti pada minit ke-20
apabila tendangan silang Jose Enrique terkena tangan pertahanan tuan
rumah, Alex. Begitupun kemarau jaringan Andy Carroll berpanjangan apabila penyerang Reds itu gagal menyempurnakan penalti selepas tendangannya diselamatkan oleh Ross Turnbull.
Liverpool yang berjaya mendahului hasil jaringan Maxi Rodriguez pada minit ke-58. Gol kedua Liverpool dihasilkan menerusi pertahanan muda, Martin Kelly
pada minit ke-63 selepas dia menanduk sepakan percuma yang diambil
Bellamy. Di Stadium Emirates, aksi pertama Samir Nasri di Arsenal sejak
berpindah ke City Ogos lalu tidak langsung terganggu, sebaliknya dia
pulang dengan ceria membantu City berjaya meneruskan kemaraan. Satu lagi saingan, menyaksikan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff menang
2-0 ke atas pasukan bermasalah Liga Perdana, Blackburn, sekali gus
meletakkan nasib pengurus pasukan Blackburn, Steve Kean kini dalam
bahaya.