PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Luahan hati pembaca kepada Dang Suria. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati pembaca kepada Dang Suria. Show all posts

Edisi Sentap! Kutuk Peserta Uji Bakat Sebab Fizikal...Dang Suria Nafi Kejam!

Oleh Kaki Wayang on

Kutuk Peserta Uji Bakat Sebab Fizikal...Dang Suria Nafi Kejam
Pengacara, Dang Suria menyifatkan kritikan pedas yang diberikan kepada peserta-peserta yang mencuba nasib dalam rancangan On Air adalah tidak kejam kerana dia punya sebab-sebab tersendiri dan bukannya untuk memalukan mereka.
Dang Suria juga menjelaskan kritikan ‘celupar’ mengenai paras rupa dan fizikal yang diberikan adalah untuk kebaikan dan kepentingan kepada peserta-peserta yang mencuba nasib dalam rancangan itu.

Dia berkata apa yang dipertontonkan di dalam televisyen melalui saluran Astro Ria tidaklah seperti yang terjadi ketika sesi uji bakat sedang dijalankan sebaliknya rakaman itu banyak disunting untuk meningkatkan rating penonton.

“Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.

“Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu,” kata Dang Suria seperti yang dipetik dalam Mstar.com.

Bagaimanapun, Dang Suria mengakui kritikan itu sedikit kasar dan dia enggan memberikan harapan palsu kepada para peserta yang berusaha mencuba dalam uji bakat tersebut.

Malah, Dang Suria mahukan kritikan itu menjadi pembakar semangat buat peserta-peserta supaya lebih memajukan diri jika ingin terbabit dalam dunia seni negara.

“Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka. Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi,” kata Dang Suria.

Tambah pengacara popular itu, setiap peserta perlu menjalani kritikan dari awal lagi kerana apabila sudah menyertai dunia hiburan, mereka sekurang-kurangnya telah bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila berdepan dengan sebarang cabaran.

Bukan itu sahaja, Dang Suria ingin mengingatkan kepada semua peserta bukan mereka sahaja yang akan dikritik oleh juri-juri yang ada sebaliknya juga akan dikritik dan dikecam oleh masyarakat yang memandang penampilan dan fizikal dahulu sebelum bakat.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.

Selepas rancangan uji bakat On Air disiarkan malam Rabu lalu, suasana menjadi kecoh apabila kebanyakan penonton-penonton bengang dengan kritikan ‘celupar’ yang dikeluarkan oleh Dang Suria yang secara terang-terang telah mengkritik fizikal dan rupa paras seorang peserta lelaki dan perempuan yang mencuba nasib dalam uji bakat itu.

Selain Dang Suria, pengacara Suhaimi Sulaiman, Normala Samsudin dan Aznil Nawawi turut ditugaskan sebagai juri dalam iji bakat On Air yang diadakan di beberapa lokasi terpilih sebelum ini.

MynewsHub

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kutuk Peserta Uji Bakat Sebab Fizikal...Dang Suria Nafi Kejam!

Edisi Sentap! Surat Luahan Hati Seorang Pembaca Kepada Dang Suria!

Oleh Kaki Wayang on

Surat (Email) ini diambil dari Blog Abg Nara..mengisahkan Luahan Hati Seorang Pembaca Kepada Dang Suria..jom kita baca apa yang Dang Suria tu buat sampai Pembaca ni meluahkan isi hatinya kepada Abg Nara (BeautifulNara)..

Hi abg nara,
Td saya tgk satu audition realiti show dkt astro ria, nama show dia on air. Show ni utk cari pemangkin hos yg kononnya nak gantikan aznil. So, judge show ni ada 3org; aznil,sorg tak tahu ape nama and dang suria.
Yang saya tak tahannya dang suria ni sumpah biadap! Ada sorg contestant lelaki ni pnyalah dah smgt audition, dang suria ni direct je bg comment ‘jujurla,saya rasa awak ni tak handsome lgsg, so awak tak lyk utk show ni’. Mcm tu la lebih kurg ayat dia. Sah2la lelaki tu bengang gila.
Then ada satu part tu, tunjuk part dang suria comment lg lelaki tu kt tmpt lain. Ayat dia lebih kurg mcm “mmg bdk tu tak handsome lgsg,saya rse penonton akan tukar channel sbb benci tgk muka bdk tu tak handsome, sorryla dia mmg tak lyk”. Confident je dia ckp mcm tu ei. Biadap gila la!
And then ada pulak part yg tunjuk sorg bdk pmpn dtg audition. Bdk pmpn ni gemokla.
And then dang suria selamba je comment “adik balik, dah kuruskan bdn, pinggang dah ramping baru dtg blk audition, dtg kl nak audition jd hos dgn bdn mcm ni tak payahla”. Lebih kurang mcm tu la ayat dia. Sah2la budak tu bergenang air mata satu baldi.
Saya bkn apala kan, saya tak boleh la tgk org yg pemikiran dia shallow gila mcm dang suria ni. nak bagi kritikan, bagila yang membina bkn menjatuhkan. Dia buta ke rabun, saya tak tahu la kan. Adibah nor ok je jd hos? survive je?oprah winfrey tu kurus sgt ke?cantik sgt ke? Billionaire lagi.
Saya ckp direct la kt dang suria, awak memalukan diri awak je dgn bagi comment2 mcm org tak habis sekolah. Bg kritikan itu perkara yg bagus, tp biarlah kritikan membina. Ini kutuk fizikal org, dah memalukan and mcm menghina org lain da.
Ayah saya pun geleng kepala dgr comment dang suria. Tak perlu biadap sgt. Rasanya nak mencari yg terbaik tak perlulah sampai nak menjatuhkan org lain.
Lainlah audition beauty peagent ke, jejaka paling kacak malaysia ke apa ke. Saya fhmla jgk. Duh..
And lagi satu, kalau rupa tu penting sgt. Asal judge lagi sorg yg saya tak tahu nama tu boleh jd hos? Tak handsome pun? Siap boleh jd judge lg. Ok je? Saya pernah la tgk dia kt tv jd hos, tp tak tahu nama apa. Okla, sbb dia ade input utk di kongsi kan tp biasa2 je la.
Then kenapa tiba2 rupa tu penting sgt smpi nak direct maki fizikal org lain? Igt, yg gemok, yg hodoh tu ciptaan Tuhan jgk ye.
P/s: dang suria, sorry to sayla, kalau awak tu cantik sgt tak perlu la cucuk botox kat bibir smpi nmpk mcm kena sengat tebuan kan? Opps.

Sumber: BeautifulNara

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Surat Luahan Hati Seorang Pembaca Kepada Dang Suria!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...