Perlawanan itu itu ibarat ulangan perlawanan akhir 2009 di Rome di mana Barcelona mengalahkan Manchester United 2-0 di mana gol kedua dijaringkan Messi.
Sesetengah media Inggeris menyatakan Red Devils ditabalkan juara musim ini meskipun beraksi agak tenggelam berbanding skuad lalu namun Messi tidak beranggapan bahawa pasukan itu lebih lemah berbanding 2009.
"Mereka menang liga dan kini berada di final Liga Juara-Juara. Mereka tidak mungkin lemah dengan pencapaian ini.
"Ini perlawanan akhir dan istimewa. Kenangan manis di Rom sudah berlalu. Ini sama sekali perlawanan berbeza. Kami berdepan dengan lawan kental dan memiliki pemain hebat," ulas bintang Argentina itu.
Barcelona dan Manchester United kedua-duanya memburu kejuaraan Eropah keempat yang akan meletakkan mereka sebaris dengan Ajax dan Bayern Munich serta dibelakang Liverpool dan Bayern Munich yang telah memenangi lima kejuaraan manakala AC Milan tujuh dan Real Madrid dengan sembilan kali bergelar juara.