PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Nabi dalam PAS. Show all posts
Showing posts with label Nabi dalam PAS. Show all posts
Home » Posts filed under Nabi dalam PAS
Edisi Suratkhabar! Nabi dalam Pas?
Oleh Kaki Wayang on
ADA satu lagi ‘kejutan’ tetapi Awang tidaklah terkejut. Seorang
penceramah Pas telah menyamakan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat
dengan nabi. Beberapa tahun kebelakangan ini, ada sahaja perkara mengarut didendangkan oleh sebahagian pemimpin dan aktivis Pas.
Kalau selepas ini, jika ada yang mahu menaik taraf pemimpin Pas
tertentu sehingga ke tahap tuhan, juga tidak mustahil. Ini semua berlaku
kerana pemimpin utama Pas termasuk Nik Aziz menjadi model mereka. Kalau
pemimpin selalu cakap mengarut termasuk dalam soal Islam, pasti ada
segelintir anak buah juga akan terikut.
Awang cadangkan supaya ada sarjana dan universiti menjalankan kajian
terhadap elemen mengarut, terpesong dan percanggahan dari segi Islam,
yang telah dilakukan oleh Pas. Antaranya Tuhan boleh mencarut, dibenarkan bekerjasama dengan
syaitan, undi Pas masuk syurga, tak undi Pas adalah jahiliah dan wanita
cantik tidak boleh keluar bekerja.
Begitu juga dengan pendirian Pas membenarkan kalimah Allah digunakan
oleh bukan Islam, menobatkan pengganas komunis sebagai wira dalam
peristiwa Bukit Kepong dan banyak lagi. Belum pernah dalam sejarah terdapat parti berlabel Islam yang sampai
ke tahap boleh mempertaruh kepentingan Islam selain menghina serta
mengkhianati agama sendiri.
Awang berharap sebahagian pemimpin dan ahli Pas yang masih rasional
dan meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala-galanya, dapat segera
membersihkan imej parti itu. Mereka masih boleh menjadi penyelamat Pas,
yang kini berdepan dengan krisis keyakinan masyarakat Islam dan orang
Melayu.
Mesejnya, Pas tidak boleh kelihatan seperti gerakan yang dipimpin
oleh Ayah Pin. Malah berbanding pengamal ajaran sesat itu, kenyataan dan
tindak-tanduk pemimpin tertentu dalam Pas, jauh lebih memudaratkan
Islam. Ayah Pin masih tahu batas.