PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Pusat Islam PMS. Show all posts
Showing posts with label Pusat Islam PMS. Show all posts

Edisi Khas Puasa! Rasulullah jadi contoh

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKhA6OkXjRywzrWvZG1wvS7PE6HHGhw95TAaa1jwdEEPYnAh_ERTW9x2hqoiiOWAOyJjeq8mbePb46ESf_gUXULzOb2L5TZ2y9YDeWSRRubY0LivLZBds65KoUz4kVX0oS3ZqC-RSz_DM/s1600/Muhammad.jpg

APABILA menyedari bahaya besar menanti di hadapan, keenam-enam sahabat yang mengikuti misi dakwah yang diketuai oleh Ashim bin Tsabit tidak mempunyai pilihan lain kecuali terpaksa berhadapan dengan pihak musuh yang mengepung mereka.

Untuk menyerah semata-mata bagi menyelamatkan diri tidak sekali-kali. Mereka nekad untuk melawan. Apabila melihat pengikut-pengikut Rasulullah itu seperti berdegil, tidak mahu menyerah diri, lalu mereka dipujuk oleh pihak musuh dan diberikan tawaran yang menarik.

"Kami tidak akan membunuh kamu. Kami akan menghantar kamu kembali ke Mekah, tempat asal kamu dahulu, kepada kaum keluarga kamu sendiri," kata pihak musuh. 

Di sebalik tawaran itu, keenam-enam sahabat tersebut sedar bahawa kembali ke Mekah bermaksud menjadi tawanan kepada pihak Quraisy. Tentu sekali ia satu penghinaan yang sangat besar. Lalu mereka menolak bulat-bulat tawaran berkenaan malah bersedia untuk bertempur bagi mempertahankan maruah dan kepentingan Islam. Maka berlakulah satu pertempuran berat sebelah yang kita sudah boleh jangka apakah kesudahannya.

http://eha90.files.wordpress.com/2010/10/slth.jpg

Dengan bilangan mereka yang kecil, hanya enam orang, tentu pihak Islam tidak dapat mengalah musuh yang jumlahnya berpuluh kali ganda lebih ramai itu. Namun, yang penting mereka tetap memberikan tentangan hebat dan sengit walaupun akhirnya tiga daripadanya terkorban termasuk ketua misi, Ashim Tsabit. 

Dua sahabat lagi yang terkorban, Khalid bin Bukair dan Martsad bin Abi Martsad. Tiga sahabat lagi iaitu Khubaib bin Adi, Abdullah bin Thariq dan Zaid bin Datsinah ditangkap dan diikat tangan mereka.

Mereka ditawan dan dibawa pulang ke Mekah dengan kawalan yang sangat ketat. Di Mekah mereka akan dijual sebagai hamba abdi kepada pembesar-pembesar Quraisy. Namun di pertengahan jalan, Abdullah berjaya melepaskan ikatan yang mengikat tangannya lalu merampas senjata pihak musuh yang mengawalnya lalu dibunuhnya. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgju2B-j2WbMTypsrtN3N07vu5rN4BJCJLDdjPu_PUAXmQ9ipDoLXzGq8XEO8goWHfJoRsgsVBRR96HZ4U0sL0O3Q3tFK9TFc07YWljbjED8Et9zPYTnxD4XyaVsDxz_9zfufBgqC_5XzQ/s1600/2445981633_dacd92fb1a.jpg

Abdullah tidak berpeluang untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang lain kerana mahu segera memberitahu Rasulullah akan peristiwa buruk yang menimpa mereka. Namun, malang bagi Abdullah apabila beliau berjaya dikejar lalu dilempar batu bertubi-tubi menyebabkan beliau terkorban juga akhirnya. 

Kini tinggal Zaid dan Khubaib yang dibawa ke Mekah. Sebaik sahaja sampai di sana, kedua-dua pemuda itu terus dibeli. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah manakala Khubaib dibeli oleh Al Harits bin Amir bin Naufal. 

Namun pemuda-pemuda itu bakal dibunuh atas dasar membalas dendam yang melibatkan ahli keluarga pembesar-pembesar Quraisy yang mati dalam Perang Badar dahulu. Shafwan ingin membunuh Zaid bagi menuntut bela atas kematian bapanya, Umayyah bin Khalaf yang terbunuh di medan Badar.

Manakala Khubaib bakal menjadi mangsa balas dendam atas kematian anak Al Harits sendiri, iaitu Uqbah. Dari aspek keimanan, kedua-dua sahabat itu, Zaid dan Khubaib sangat luar biasa. Walaupun nyawa menjadi taruhan ia sedikitpun tidak menjejaskan pegangan mereka terhadap Islam.

Segala tawaran supaya berpaling tadah tidak sedikit pun menggoyahkan keimanan mereka walaupun kampung halaman sudah berada di hadapan mata. Oleh kerana mereka berdegil dan tidak akan mahu berpaling tadah, akhirnya tiada pilihan lain kecuali mereka dibunuh sebagai cara untuk membalas dendam. 

Shafwan sendiri memerintahkan seorang hambanya, iaitu Nasthas supaya menamatkan riwayat Zaid. Namun saat Zaid hendak dibunuh, tiba-tiba muncul Abu Suffian bin Harb, pembesar Quraisy yang tidak asing lagi cuba membuat tawaran terakhir kepada pengikut Rasulullah yang berjaya ditawan itu. 

Abu Suffian menawarkan keampunan dan kebebasan kepada Zaid dengan syarat Zaid meninggalkan kepercayaannya terhadap Islam dan kembali kepada menyembah berhala, agama nenek moyang mereka. 

Disangkanya Zaid akan menerima dengan mudah tawaran pengampunan itu lalu Abu Suffian pun berkata lagi: "Aku mahu bertanya kepada kamu wahai Zaid, apakah sekarang ini kamu suka sekiranya sahabat kamu Muhammad (Nabi) dijadikan pengganti diri kamu bagi dipotong lehernya? 

"Sesudah itu tentu sahaja kamu boleh kembali kepada keluarga kamu dan bersenang-senang dengan mereka di rumah sebagaimana yang pernah kamu nikmati dahulu."

Tetapi tawaran itu tidak mampu untuk mengubah pendirian Zaid. 

"Demi Allah, aku tidak sekali-kali reda sekiranya Nabi Muhammad disakiti walaupun dengan satu tusukan duri ke badannya! Sedangkan aku berada bersama-sama ahli keluargaku sambil bersenang-senang. Tidak sekali-kali," tegas Zaid

Zaid lebih rela dirinya dibunuh oleh pihak musuh daripada hidup dan kembali kepada keluarganya dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai galang gantinya. Abu Suffian terkejut dengan ketegasan Zaid yang teguh mempertahankan prinsip dan sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri semata-mata kerana Islam. 

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya Abu Suffian pun berkata: "Aku belum pernah melihat seseorang itu mencintai sahabatnya, sebagaimana para sahabat Muhammad mencintai dia."

Atas keimanan yang tiada tolok bandingnya, akhirnya Zaid dibunuh dan tentunya sahaja kematiannya adalah syahid, semulia-mulia kematian! 

Begitulah ujian getir yang terpaksa dibayar dengan begitu mahal termasuk dengan nyawa oleh para pejuang Islam. Keteguhan dan kekuatan iman yang dimiliki oleh pengikut Islam itu sememangnya menghairankan pihak musuh.

Sebagaimana Rasulullah sendiri sebelum ini, yang tidak termakan dengan pelbagai usaha dan pujuk termasuk tawaran pelbagai habuan yang lumayan daripada harta kekayaan kepada jawatan ketua pembesar Mekah akan diberi jika baginda sedia meninggalkan Islam, begitu juga pengikut-pengikut baginda. 

"Meskipun mereka berjaya meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, agar aku meninggalkan seruanku. Sungguh, sampai mati pun tidak akan kutinggalkan," tegas Rasulullah. 

Jika baginda sendiri pernah diuji keimanannya dengan segala macam tawaran yang seperti itu dan ditolaknya mentah-mentah, apatah lagi para sahabat. Baginda telah memberikan contoh yang sangat baik untuk mereka contohi dan tidak sekali-kali mereka akan tergoda dengan apa juga tawaran yang menjadi umpan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Rasulullah jadi contoh

Betol-betol Hangat! HDR | Aku dah semakin “addict” ngan HDR

Oleh Kaki Wayang on

Kepada sesape yang tak tau ape tu HDR..kome masuk kat wikipedia dan tgok maklumat tentang HDR ni k..High Dynamic Range Imaging..Kalau dah faham..leh lah baca blog aku pula..sebenarnya teknik ni dah lama wujud di dunia ni..cumanya aku baru membiasakan diri ngan HDR ni sejak setahun yang lepas sehinggalah sekarang..puas aku mencari ke sana sini software dan application untuk di installkan ke PC aku supaya aku leh membuat teknik imejan yang berkualiti..akhirnya dah dapat dah software tu..seperti biasa aku menggunakan “kemahiran” aku mencari software2 “pirate”..aku x lah menyokong “piracy”..cuma aku xmampu nak beli yang original..bapok mahei..


Pusat Islam Politeknik Muadzam Shah

Semalam aku dah buat 1 imejan HDR yang vollehlaaa..x chanteq pown tapi boleh la kalau nak tgk dan puaskan hati sendiri..nak puaskan hati orang payah..sbb kang kalau tunjuk gambar tu banyak pla komen vagaihhhh..takpelah aku upload lah juga gambar tu sebagai 1 perkongsian ilmu..bagi sesiapa yang berminat nak berkecimpung dalam ke ‘HDR’ an ni..anda dinasihatkan supaya menggunakan PC yang mempunyai sekurang2nya 1-2gb Ram dan processors yang latest serta mempunyai graphic card..kalau anda xmempunyai minimum requirement..mintak maaf sangat2..PC anda akan menjadi begitu berat “sesungutttt”..bukan nak ckp besar laaa..tapi sebagai perkongsian ilmu aku perlu bagi tau..aku pernah membuat 1 design..cover untuk Annual Report Politeknik Muadzam Shah..1 file mengambil masa seminggu atau lebih nak siapkan..kalau nak touch up memg akan mengambil masa yang agak lama lah..1 file bersize 400mb++..mula-mula aku pown terkejut jugak sampai file besar camtu..PC aku hampir2 “hang”..seb baek leh control..itu PC aku yang 2gb ram..kalau 1gb ram atau kurang..mintak maaf sesangat..anda tak boleh buat design apatah lagi HDR..


Aku masa kat Melaka | Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

HDR kalau nak touch up gambar..dah amik 30mb paling kurang..kecuali set resolution bawah 100..Oklah malas lah aku nak cakap panjang lebar..korang tgok jela gambar yang aku dah siapkan ni k..kalau korang nak aku touch up kan gambar korag..kontek lorhhh aku k..


Suatu ketika di kampung halamanku | Thanks to Azmil Abd. Rajid for taking this great panorama using Sony Erricson Satio
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! HDR | Aku dah semakin “addict” ngan HDR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...