1. Tahi Lalat di kepala
- Banyak fakir,
bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh
perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian
yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.
2. Tahi lalat di ubun kepala
- Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
- Ada
halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang
melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian
terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi
lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
- Menjadikan
dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun
terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
- Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata
- Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
- Mendatangkan
penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit
kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
- Sekiranya
membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh.
“Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’
dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang
tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
- Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
- Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga
- Seorang
yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat
orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk
- Mudah
mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti
masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan
tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher
- Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
- Halangan
rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang
memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah
didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
- Banyak
tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan
pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan
angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
- Dia
mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih
sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang
dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas
kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
- Kesihatannya
terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul,
mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering
kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
- Hidupnya
jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara
iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian
ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
- Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
- Sering
mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh
mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat
gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
- Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat di Kemaluan
- Tahi lalat di kemaluan Wanita :
Jika
jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex
wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri
sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin.
Antara
masalah lain wanita yang mempunyai tahi lalat di kemaluan juga mudah
mengalami masalah keputihan dan mudah dihinggapi penyakit radang
kemaluan.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘betina’ berada dikemaluan
wanita, menjadikan wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi
sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan (orgasma). Dalam hubungan ini
sering menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam hati si isteri dan
memberontak dalam diam, adakala boleh mengundang pergaduhan
suami-isteri. Bagi menanganinya suami harus memberikan khidmat dan
layanan yang kerap sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan
maksimum, memahami kehendak isteri. Sekiranya suami kurang bertenaga
untuk memberi layanan harian kepada isteri, jalan keluar adalah mencari
penawar untuk isteri agar selera nafsunya berkurangan. Dengan cara ini
kedua pasangan mendapat keseimbangan dan kesepakatan diranjang dan
bahagia melayari bahtera cinta.
- Tahi lalat di kemaluan Lelaki
Jika
jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia
menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah
syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin
suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya,
kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya.
Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya.
Sekiranya
jenis tahi lalat ‘jantan’ menduduki dikemaluan lelaki, menjadikan
lelaki itu seorang yang kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari
kepuasan bersenggama. Adakah isteri mampu menuruti kehendak suami setiap
masa dan keadaan? Sekiranya isteri gagal memenuhi kehendak suami, dan
sekiranya suami hilang kesabaran dan kurang pula ketakwaannya terhadap
Ilahi, kurang didikan agama dan akhlak ini boleh mendorong suami
melampiaskan nafsunya di luar batas agama, mengundang dosa dan
kemungkinan mendapat penyakit kelamin.
23. Tahi lalat di betis
- Samada
tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya
adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah
dan diperbanyak rezekinya.
24. Tahi lalat di kaki
- Menandakan
seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering
resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan
untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
25. Tahi lalat di tangan kiri
26. Tahi lalat di tangan kanan
- Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
27. Tahi lalat di pinggang
- Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
- Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
29. Tahi lalat atas bibir, di bibir
- Seorang
yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti
perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada
yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang
pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.