Laman web rasmi Fifa.com melaporkan, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal tergelincir dari kedudukan ke-147 pada September lalu kepada tangga ke-151 dunia.
Kejatuhan ranking dialami pasukan kebangsaan adalah kerana hanya satu aksi persahabatan kelas A dijalankan sepanjang Oktober, ketika Malaysia tewas 0-5 kepada Australia di Canberra.
Terbaru, pada dua pertemuan persahabatan menentang India, pemain negara sekadar seri 1-1 (perlawanan pertama) dan kalah 3-2 pada pertemuan kedua dengan tuan rumah.
Sementara itu, Sepanyol mengekalkan kedudukanya selaku pasukan nombor satu dunia diikuti Belanda berada di tangga kedua dan Jerman di tangga ketiga daripada keseluruhan 203 negara yang menjadi ahli Fifa.