PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Review Filem Star Trek. Show all posts
Showing posts with label Review Filem Star Trek. Show all posts

Review Filem Star Trek: Into Darkness

Oleh Kaki Wayang on


SAAT diumumkan francais 'Star Trek' akan dilanjutkan dengan filem ke-12nya, teka-teki terus bermula untuk watak antagonis yang bakal bertarung kebijaksanaan dengan Kapten James T.

Kirk dan krew Enterprise dalam 'Star Trek Into Darkness'. Awalnya, ramai peminat meneka barangkali pengarah J.J Abrams akan memperkenalkan salah seorang penjahat kesayangan Star Trek iaitu Khan Noonien Singh.

Diperkenalkan dalam episod 'Space Seed' (1967) dalam musim pertama siri televisyen 'Star Trek: The Original Series', watak terbabit diperkembangkan dalam filem 'Star Trek II: The Wrath of Khan' (1982). Watak Khan Noonien Singh dilakonkan arwah Ricardo Montalban.

Laporan awal media mengatakan pelakon Benicio del Toro sudah ditawarkan watak penjahat itu malah pernah bertemu Abrams untuk berbincang. Namun dia kemudiannya menarik diri. Pelakon kelahiran Mexico, Demian Bichir juga pernah dikaitkan dengan watak Khan.

Akhirnya, watak itu jatuh kepada Benedict Cumberbatch. Tetapi bukan sebagai Khan, sebaliknya satu watak baru sudah dicipta iaitu pengganas misteri John Harrison.

Cumberbatch bukanlah nama baru dalam industri. Antara karya-karya lakonannya termasuk filem 'War Horse', 'Atonement' dan 'The Hobbit'. Tetapi ramai hanya mula memberi perhatian kepada pelakon Inggeris ini melalui drama 'Sherlock', di mana dia menghidupkan kembali watak ternama rekaan Sir Arthur Conan Doyle, penyiasat terulung Sherlock Holmes.


Seorang peminat Star Trek sebelum pembabitannya dalam filem itu, Cumberbatch berkongsi sudah menonton filem 'Star Trek' (2009) dan begitu mengagumi hasil kerja Abrams.

Menggambarkannya sebagai sebuah filem yang bijak dan lucu, pada masa yang sama ia juga setia kepada cerita asal. Bagi menjayakan wataknya sebagai Harrison yang banyak membabitkan aksi pertarungan, Cumberbatch terpaksa menjalani pelbagai latihan. Dedahnya, dia banyak mendapat pertolongan dari Chris Pine dan Zachary Quinto.

Di kalangan teman-teman pelakon 'Star Trek Into Darkness', babak-babak emosi antara Pine dan yang paling dinantikan mereka. Malah Pine sendiri merasakan Cumberbatch berjaya mencipta detik-detik istimewa yang akan termaktub di dalam sejarah Star Trek.

“Pembawaan wataknya begitu tepat dan terperinci. Sebagai seorang peminat dan pelakon saya kagum melihatnya. Persembahannya menyeramkan dan menakutkan. Dia sudah mencipta detik-detik istimewa yang akan terus diperkatakan di kalangan peminat Star Trek sampai bila-bila.”

Tarikh tayangan di pawagam pada 16 May 2013 (3D).
Sila baca selanjutnyaReview Filem Star Trek: Into Darkness
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...